Sibuk! Alasan paling mudah untuk tidak membuat posting baru selama beberapa hari. Walaubagaimanapun idea untuk menulis pelbagai isu tetap bermain di fikiran penulis. Antaranya ialah masalah anak-anak remaja terutamanya gadis yang begitu mudah terpengaruh dengan pujukan, godaan dan tipudaya teman lelaki. Memang gejala ini sudah menjadi 'klise' dalam masyarakat yang kononnya semakin maju dibidang material, namun membiarkan saja ianya tanpa sebarang tindakan hanya akan menyebabkan keadaan menjadi semakin parah. Barangkali *sindrom pemikiran 'ayam daging' perlu kita kikis dan kembali kepada tuntutan supaya sentiasa berpesan dengan kebenaran dijadikan amalan hidup kita. Untuk itu penulis terpanggil untuk memanjangkan sebuah nasihat yang disampaikan oleh Syeikh Ali Tantawi khususnya kepada anak gadis remaja di dalam memelihara kesucian diri dan juga maruah keluarga. Semoga nasihat ini dapat dihayati dan diamalkan agar menjadi benteng kukuh di dalam usaha menjadi mukmin yang sejati. Kepada ibu bapa juga diharap dapat menjadikan nasihat ini sebagi panduan bagaimana untuk membentuk keluarga yang bahagia dan diredhoi Allah SWT. Semoga bermanfaat.
Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat
Kepada Puteriku
Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.
Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-
lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-
kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan
mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti
mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan
nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan
khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan
lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran
tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.
Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin
banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-
malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan
bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda
negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.
Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak
yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya,
sekarang masyaALlah!!Para wanitanya berpakaian terbuka
mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan
aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?
Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu
ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk
memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula
melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa
tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan
berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya
untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau
kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau
berteriak ..”tolong….tolong...aku kecurian.”
Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau
adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam
ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti
engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada
seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya,
maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki
meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk
daripada kematian kambing itu.
Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan
kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih
menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika
dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa
pakaian.
Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata
sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.
Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah
sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.
Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti
engkau takut dan ngeri.
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu
berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan
kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya
isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!
*orang(ayam) lain kena sembelih, aku tak kena
No comments:
Post a Comment