Jiwa yang kuat seperti juga fizikal yang sihat memerlukan makanan yang bersesuaian dengan keperluannya. Salah satu makanan jiwa adalah melalui motivasi. Ianya perlu dibangunkan dalam jiwa agar ianya sentiasa segar dan kekal bagi mencapai tujuan hidup yang sebenarnnya. Banyak saranan dan tips yang dikemukakan oleh pakar motivasi bagaimana untuk membangunkan motivasi dalam diri. Berikut adalah bebrapa tips yang boleh membantu kita untuk membina dan mengekalkalkan motivasi dalm diri kita. Semoga bermanfaat.
* Ciptakan Sensasi
Ciptakan sesuatu yang dapat "membangunkan" dan membangkitkan ghairah anda ketika menjelang pagi. Misalnya, anda berfikir esok hari mesti mendapatkan keuntungan RM 10,000.00 . Walau kedengarannya mustahil, tapi sensasi ini terkadang memacu semangat anda untuk berusaha lebih baik lagi melebihi apa yang sudah anda lakukan semalam.
* Kembangkan Terus Tujuan Anda
Jangan sekali-kali terikat pada satu tujuan yang mudah. Tujuan hidup yang terlalu mudah membuat anda tidak memiliki kekuatan besar. Padahal untuk meraih sesuatu anda memerlukan cabaran yang lebih besar, untuk mengerahkan kekuatan anda yang sebenarnya. Tujuan hidup yang besar akan membangkitkan motivasi dan kekuatan tersendiri dalam hidup anda.
* Tetapkan Detik Kematian
Anda perlu memikirkan detik kematian meskipun gejala ke arah itu tidak dapat diramalkan. Membayangkan detik-detik terakhir dalam hidup ini sesungguhnya merupakan sesuatu yang sangat sensasional. Anda dapat membayangkan 'flash back' dalam kehidupan anda. Sejak anda menjalani masa kanak-kanak, remaja, hingga dewasa dan mampu berdikari. Jika anda membayangkan 'ajal' anda sudah dekat, akan memotivasikan anda untuk berbuat lebih banyak lagi selama hidup anda.
* Tinggalkan Teman Yang Tidak Perlu
Jangan ragu untuk meninggalkan teman-teman yang tidak dapat mendorong anda mencapai tujuan. Sebab, siapapun teman anda, semestinya mampu membawa anda pada perubahan yang lebih baik. Ketahuilah bergaul dengan orang-orang yang optimis akan membuat anda berfikir optimis pula. Bersama mereka hidup ini terasa lebih menyenangkan dan penuh motivasi.
* Hampiri Bayangan Ketakutan
Ketika anda dibayangi kecemasan dan ketakutan, jangan melarikan diri dari bayangan tersebut. Misalnya selama ini anda takut akan menghadapi masa depan yang buruk. Datang dan nikmati rasa takut anda dengan mencuba mengatasinya. Ketika anda berhasil mengatasi rasa takut, ketika itu anda telah berhasil meningkatkan keyakinan diri bahawa anda mampu mencapai hidup yang lebih baik.
* Ucapkan "Selamat Datang" Pada Setiap Masalah
Jalan untuk mencapai tujuan tidak sentiasa lurus seperti lebuhraya. Suatu ketika anda akan menghadapi jalan berliku, mendaki dan penuh berbatu. Jangan memutar arah untuk mengambil jalan pintas. Hadapi terus jalan tersebut dan fikirkan cara terbaik untuk mampu mengatasinya. Jika anda memandang masalah sebagai sesuatu yang mengerikan, anda akan semakin sukar termotivasi. Sebaliknya bila anda selalu bersedia menghadapi setiap masalah, anda seakan memiliki tenaga dan semangat lebih kuat untuk mencapai tujuan anda.
* Mulakan Sesuatu Dengan Rasa Gembira
Jangan sekali-kali merasa terbeban dengan tujuan hidup anda. Cuba nikmati hidup dan jalan yang anda tempuh. Jika sejak awal anda sudah merasa 'tidak suka' rasanya motivasi hidup tidak akan sekali-kali anda miliki.
* Berusaha Bersungguh-sungguh
Mahu tidak mahu, anda mesti terus berusaha bila ingin mendapatkan hasil terbaik. Pada asasnya tidak ada yang tidak dapat anda capai jika anda terus berusaha bersungguh-sungguh. Semakin giat berusaha semakin mudah pula mengatasi setiap kesukaran.

Kesimpulannya, motivasi adalah 'sesuatu' yang dapat menumbuhkan semangat anda dalam rangka mencapai tujuan. Dengan motivasi yang kuat di dalam diri sendiri, anda akan memiliki apresiasi dan penghargaan yang tinggi terhadap diri dan hidup ini. Sehingga anda pun tidak ragu lagi melangkah mencapai tujuan dan cita-cita hidup anda..!
No comments:
Post a Comment