Tuesday, July 24, 2007

MOTIVASI



Perkataan motivasi sudah menjadi perkataan yang popular sekarang. 20 tahun dulu perkataan motivasi belum dikenal orang Melayu. Salah satu kajian mengenai motivasi pelajar Melayu yang dijalankan oleh Dr Aminuddin Yusof menggunakan istilah penggerak bagi kata motivasi. Ianya sama dengan perkataan ekonomi yang dulunya tiada dalam kamus Bahasa Melayu, lalu perkataan iktisad yang diambil daripada Bahasa Arab menjadi pilihan, malah hingga kini Perbananan Kemajuan Ekonomi Trengganu masih mengekalkan istilah iktisad kepada agensi tersebut. PERMINT, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Trengganu.


Jika kita lihat proses pemakaian istilah asing yang dijadikan kata entri kepada bahasa kita adalah seiring dengan kemajuan dan perubahan bangsa itu sendiri. Dua perkataan yang sengaja dibincangkan di atas memberi gambaran bahawa orang Melayu sudah menjadikan motivasi sebagi sumber perubahan untuk mencapai kemajuan dalam apa jua bidang termasuk ekonomi. Hari ini kata dorongan atau penggerak sudah dianggap tidak tepat lagi apabila membincangkan faktor perubahan minda. Sebagaimana posting yang lalu, penulis telah menjadikan tokoh-tokoh Melayu, Islam sebagai sumber inspirasi dan motivasi untuk melakukan perubahan minda dan jiwa kita. Semoga dengan membaca dan meneliti riwayat hidup perjuangan, keberanian, kegigihan dan ketabahan mereka akan mampu memotivasi kita semua.

Dalam posting yang akan datang penulis akan cuba untuk menulis bahan-bahan yang boleh dijadikan motivasi kita bersama di dalam usaha untuk mencipta kecemerlanagan dan kejayaan di dunia dan akhirat, Insya Allah. Untuk kali ini marilah kita bersama merenung hakikat penciptaan kita yang dapat dijadikan asas menanamkan keyakinan diri sendiri.

Marilah kita bersama-sama membina keyakinan diri sebagai umat nabi Muhammad s.a.w. Kita telah diingatkan bahawa untuk kita membina serta mencapai kecemerlangan bagi diri, keluarga, dan masyarakat kita, keyakinan diri menjadi pra syaratnya. Tanpa rasa yakin akan kemampuan dan keupayaan kita, samada secara individu atau secara kolektif, pastinya kemajuan serta kecemerlangan yang kita hasratkan tidak akan dapat berada di dalam genggaman kita selama-lamanya.

Persoalan seterusnya yang timbul ialah : bagaimanakah caranya untuk kita, yang sepatutnya menjadi khaira ummah/sebaik-baik umat ini, membina keyakinan di dalam diri? Pertama, ialah dengan memacakkan seteguh-teguhnya peringatan yang berterusan di dalam diri kita tentang nilai dan kedudukan kita sebagai makhluk bernama manusia. Ketahuilah, Allah menjadikan manusia ini dengan penuh kemuliaan dan keunggulan. Demikianlah harga diri kita, dan demikianlah juga darjat kedudukan kita di dalam ruang kehidupan ini. Firman Allah di dalam surah Al-Israa’ ayat 70 :
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً

Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan (yakni, Allah mudahkan unutk manusia pengangkutan-pangangkutan di darat dan di laut untuk memperoleh penghidupan), Kami kurniakan mereka rezki dari yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.

Perhatikanlah kandungan ayat ini dengan fikiran yang murni, dengan hati yang insaf. Kita sebagai manusia mendapat kemuliaan yang amat tinggi daripada Allah. Kehidupan kita sebagai manusia dipilih untuk dilengkapkan Allah dengan berbagai kelebihan dan keistimewaan, lebih daripada makhluk-makhluk Allah yang lain. Peringatan ini sepatutnya mampu menyalakan terus rasa keyakinan diri kita, kerana menyedari akan harga diri kita yang tinggi di sisi Allah.

Sebagai umat Islam merupakan golongan yang yakin sepenuhnya akan kandungan kitab Al-Quran. Oleh itu, tidak ada sebab lagi untuk kita merasa hina dan lemah tak berdaya! Tidak sepatutnya kita mereka-reka alasan lagi untuk membisikkan ke dalam jiwa kita sendiri bahawa kononnya kita sebagai individu Muslim, atau sebagai masyarakat Islam, sudah ditentukan suratan untuk selamanya mundur dan ketinggalan!

Kita mesti yakin bahawa kita wajib bergerak ke arah kecemerlangan. Kenapa? Kerana kita adalah ciptaan Allah yang bergelar manusia! Kita mesti yakin bahawa kita boleh, dan kita mampu, menjadi cemerlang. Kenapa? Kerana kita adalah manusia! Lebih-lebih lagi kita ini manusia yang Allah pilih sebagai orang Islam!

Dengan kemuliaan dan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita sebagai manusia inilah, kita dilantik pula menjadi khalifah di bumi. Dengan lain perkataan, kitalah yang ditugaskan untuk mengatur dan menyusun kemakmuran makhluk-makhluk Allah di dunia. Tidak mungkin tugas sebesar dan semulia ini diserahkan Allah ke atas kita, sekiranya kita tidak mampu melaksanakannya. Allah tidak pernah, dan selama-lamanya tidak akan berlaku zalim terhadap hamba-hambaNya. Maka terpulang kepada kita pula kini, samada kita sanggup mengatur langkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, menghadapi segala cabaran dengan berani, sambil mengharapkan keridhaan Allah di atas segala usaha? Atau kita lebih senang memilih jalan mudah, berdiri sambil menunggu dan menanti sedangkan orang lain sudah jauh berlari, dengan menggantungkan angan-angan kosong dengan alasan kita bertawakkal sahajalah kepada Tuhan?

Firman Allah di dalam surah Al-An’am ayat 165 :
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلاَئِفَ الأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Yang bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat seksaanNya, dan sesungguhnya Dia maha pengampun lagi maha penyayang.

Para pakar psikologi telah menjalankan berbagai kajian yang mendalam mengenai fungsi otak manusia, dan bagaimana kaitannya dengan sikap dan emosi seseorang. Mereka mendapati bahawa otak manusia ini terbahagi kepada dua : otak bahagian kiri dan otak bahagian kanan. Otak kiri berperanan di dalam pemikiran logik dan rasional, sementara otak kanan pula lebih kepada keupayaan beremosi serta pemikiran kreatif dan seni. Apabila otak kiri seorang manusia berfikiran secara rasional mengenai sesuatu, berdasarkan fakta-fakta yang jelas dan benar, ia akan mendorong akal kanan untuk menghantar isyarat positif yang akan menghasilkan sikap yang sewajarnya. Maka begitulah juga, apabila kita sebagai Muslim, berjaya menggunakan otak kiri untuk berfikiran rasional tentang nilai dan harga diri kita, berdasarkan panduan Al-Quran yang kita bentangkan tadi, insyaAllah, otak kanan kita akan mendorong kita membentuk satu sikap yang positif, dan keyakinan dalaman yang tinggi, untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat kita.

Sebaliknya, orang-orang yang tidak yakin akan kamampuan dirinya serta masa depan hidupnya, adalah mereka yang sebenarnya gagal memanfaatkan sepenuhnya otak kiri untuk berfikiran secara rasional mengenai nilai serta harga dirinya sendiri. Orang-orang seperti inilah yang sering berputus asa, kecewa dan hampa, merasakan bahawa tiada harapan esok akan lebih cerah daripada hari ini, akhirnya terus hidup berpeluk tubuh, menjadikan takdir tuhan sebagai alasan untuk berpuas hati dengan segala kemunduruan yang terus mencengkam diri, keluarga dan masyarakat.

Oleh yang demikian, sebagai sedikit panduan yang boleh kita jadikan sebagai amalan, sekiranya pada satu-satu masa, kita merasa ujian hidup yang melanda terlalu berat untuk dipikul, atau mungkin berasa kurang yakin akan masa depan yang akan dihadapi, atau mungkin rasa kerdil dan hina dengan kemampuan diri sendiri untuk membina kecemerlangan, maka berbicaralah kepada diri sendiri dengan suara yang tegas:

Siapakah aku ini? Bukankah aku yang bergelar manusia?
Bukankah sebagai manusia, aku dianugerahkan kemuliaan dan keunggulan oleh Allah, Tuhan sekelian alam yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa?
Apakah hak aku sebagai hamba Allah untuk merasa hina dan tidak berharga? Sedangkan Allah telah mengurniakanku dengan segala kelebihan dan kemampuan untuk menjadi khalifah dan pemimpin?
Keimanan membuahkan keyakinan. Jika aku ini benar beriman, tetapi tidak punya keyakinan, maka ke manakah sudah perginya iman di dada ini?

Perhatikanlah firman Allah di dalam surah At-Tiin ayat 4-6 :
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ (4) ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ (5) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.

*Sebahagian artikel ini dipetik daripada teks khutbah MUIS

Monday, July 23, 2007

MENGAPA PERLU BELAJAR SEJARAH?

Hari ini telah berlalu 203 hari daripada 2007 tahun bilamana manusia mula mengetahui kaedah mengira dan mencatat masa bermula dari saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, dekad, windu, dasawarsa, abad, kurun, millenium.... Sepanjang tempoh tersebut sama ada manusia mencatat atau merekod segala aktiviti atau peristiwa, kehidupan tetap jua berlangsung. Setiap detik yang berlalu akan menjadi sejarah, tidak ada yang akan berulang, walaupun manusia dengan imaginasinya cuba untuk memungkinkan kembali ke waktu berlalu. Time tunnel, Voyages, Back To The Future adalah antara keinginan yang terluah betapa manusia sangat mengimpikan untuk kembali semula, berpatah balik dan alangkah baiknya jika ianya boleh terjadi.





Namun, disebalik keingin meluap-luap manusia untuk mengubah sejarah kehidupan, masih ramai antara kita yang menganggap sejarah bukanlah sesuatu yang penting dan perlu dalam kehidupan. Benarkah begitu? Sesungguhnya manusia yang tidak pernah belajar daripada sejarah adalah mereka yang tak akan punya inspirasi dan semangat untuk mencipta dan berjuang. Umat Islam sepatutnya mampu mengambil begitu banya iktibar daripada sejarah untuk kembali mencapai kegemilangan dan kecemerlangan lampau.

Jika kita membuka lembaran-lembaran sejarah umat zaman lampau, kita temukan bahawa kejadian-kejadian yang menimpa umat mampu menjadi faktor terbesar untuk membangkitkan kemahuan dan membangunkan semangat. Para ulama mengatakan bahwa sejarah adalah tentera Allah SWT di muka bumi. Tidak ada menusia yang mampu melawan sejarah. Oleh sebab itu orang-orang kafir dari kalangan orientalis maupun ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) berusaha menjauhkan umat Islam dari sejarah. Mereka berusaha menyibukkan kaum Muslimin dengan perkara-perkara yang sia-sia, mengasak pemikiran mereka dengan sejarah peradaban lain yang telah dimodifikasi misalnya Revolusi Industri, Perang Dunia I dan II, Perang Eropah, perjalanan penjajahan orientalis, sosialis, dan peradaban-peradaban syirik kuno seperti peradaban sungai Indus, peradaban Mesopotamia, peradaban Yunani, dengan pura-pura menutup mata dan tanpa sedikitpun menyebut peradaban Islam. Kalaupun mengungkapkan sejarah Islam pasti berdasarkan sumber yang tidak valid dan kebohongan yang umumnya mendiskreditkan Islam. Sehingga umat Islam benci dan malu untuk belajar sejarah Islam.

Berapa banyak sejarah yang tidak kita ketahui? Berapa banyak jumlah perang yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.? Bila Rasulullah S.A.W. berhijrah, bila 'fathul makkah'? Bila Shalahuddin Al-Ayubi memenangi perang salib (orang-orang Yahudi dalam suatu persidangan penting umat Yahudi membahas apa penyebab umat Islam dibawah pimpinan Shalahuddin Al-Ayubi mampu mengalahkan tentera salib, ternyata mereka sampai pada kesimpulam bahawa penyebabnya adalah kaum Muslimin pada ketika itu dekat dengan Al-Quran, sehingga untuk mengalahkan kaum Muslimin ialah dengan menjauhkan mereka dari Al-Quran)? Kita sebaliknya lebih mengingati perang yang dilakukan Napoleon Bonarpate, jumlahnya, dengan siapa saja, padahal itu perkara yang sia-sia dan tidak mengapa kalau tidak diketahui.

Betapa banyak pelajaran yang boleh kita ambil dari sejarah peradaban Islam, namun sayang umat Islam sekarang ini memiliki semangat yang rendah untuk mempelajari sejarahnya. Bahkan hal ini terjadi pada para aktivis yang mengaku berjuang mempertahankan Islam.

Kita sering dikacaukan oleh ungkapan orang-orang yang tidak jelas asal-usulnya yang mengatakan, "Kita tidak akan maju jika kita selalu melihat kebelakang". Ungkapan ini banyak difahami dengan keliru oleh sebahagian orang, padahal maknanya tidak sebagaimana yang mereka fahami.

Kita lihat bangsa yang paling sombong setelah Israel yakni Amerika, mereka masih tetap belajar dari sejarah bahkan mereka sendiri mendakwa dirinya sebagai bangsa yang paling pandai belajar dari sejarah. Sebagai salah satu contoh adalah pada ketika perang Vietnam, Amerika mengalami kekalahan yang sangat memalukan, padahal lawan yang mereka hadapi adalah negara kecil yang masih baru bahkan negara yang sangat miskin. Dengan keadaan yang yang sangat miskin ini Amerika menganggap mudah terhadap Vietnam serta bertindak bongkak dengan kekuatan ketenteraannya dan senjata termpurnya yang sangat hebat yang sudah teruji ketika memenangi Perang Dunia ke-2. Akan tetapi kita lihat sejarah bagaimana kesudahan yang dialami oleh Amerika, walaupun dengan kecurangan dan kekejian Amerika yang menghujani hutan-hutan Vietnam dengan senjata kimia sekaligus menyemburnya dengan agen orange yang membunuh semua haiwan dan merosakkan tanah dan faktanya tidak ada tanaman yang mampu tumbuh pada tanah itu, akan tetapi ternyata kekalahan yang sangat memalukan dialami Amerika, jutaan tentera Amerika mati di belantara Vietnam.

Walaupun Amerika berusaha menutup sejarah kekalahannya dengan membuat filem Rambo I, 2, 3 akan tetapi, sejarah tidak dapat dibohongi. Dunia tahu bahawa Amerika kalah perang. Sebagaimana dalam Al-Quran yang ertinya "Betapa banyak umat yang sedikit mampu mengalahkan umat yang besar dengan keizinan Allah". Inilah sebabnya kenapa Amerika ketika menyerang negara kaum muslim yang nampak kecil dan lemah, Amerika tidak berani menghadapinya sendiri, Amerika selalu melibatkan negara-negara Eropah dan beberapa negara Asia untuk sama-sama menyerang negara itu, padahal jika dilihat dari segi kekuatan ketenteraan dan persenjataan negara itu tiada apa-apa dibanding Amerika, sebagimana terjadi di Afghanistan, Iraq dan Palestin (semoga Allah melindungi kaum Muslimin serta menyatukan mereka).

Contoh yang lain adalah Jepun negara yang ketika itu masih kecil tapi mampu dengan gemilang mengalahkan Rusia. Bagaimana Jepun mampu bangkit setelah kehancuran yang luar biasa yakni hancurnya dua kota; Hirosima dan Nagasaki? Tentunya mereka mampu bangkit diantaranya ialah belajar dari sejarah kemenangannya atas Rusia. Bahkan para panglima perang dan pengatur politik, belajar dari sejarah peperangan demi peperangan, baik mengenai politik, taktikal, medan, adat budaya musuh (apakah termasuk bangsa pejuang ataukah bangsa pengecut) bahkan sampai pada perkara-perkara yang kecil disamping juga kekuatan musuh. Inilah mengapa kita perlu mempelajari sejarah. Bangsa yang sombong pun belajar dari sejarah, seharusnya kitalah umat Islam yang lebih perlu belajar dari sejarah kerana kita memiliki sejarah-sejarah yang agung dan mulia.

Ketika kaum salibisme melakukan kerosakan dan memporak-porandakan negeri Islam pada ketika perang salib, munculah tokoh-tokoh, seperti Ibnu Qudamah di bidang Ilmu Pegetahuan, dan 'Imaduddin Zanki, Nuruddin Zanki serta Shalahuddin Al-Ayubi dalam jihad-semoga Allah S.W.T. merahmati mereka semuanya-

Lantaran merekalah Allah S.W.T. menyatukan umat (dari perpecahan), menolak tipu daya musuh, dan membersihkan bumi Islam dari kotoran musuh.

Ketika bangsa Tartar(Monggol) menyerang negeri-negeri Islam dan melakukan tindakan-tindakan zalim di Ibu Kota Khilafah, Baghdad, muncullah dari puing-puing reruntuhan itu para ulama yang berjihad di jalan Allah S.W.T.. Mereka memperbaharui perkara deen umat tersebut melalui perdebatan dengan lisan dan perjuangan dengan pedang dan tombak, seperti Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah beserta muridnya: Ibnul Qayyim, Adz-Dzahabi, Ibnu Katsir dan lain-lain-semoga Allah S.W.T. merahmati mereka semuanya.

Pada abad modern dewasa ini, ketika penjajahan melalui dua wahana, ketenteraan dan pemikiran, serta hendak menghancurkan umat hingga tidak tegak sedikitpun, dan menyangka telah berjaya dalam srateginya dan terjelma apa yang diidamkannya, maka muncullah kebangkitan yang penuh berkat, yang semerbak wanginya menyebar dan lenyaplah duka cita di seluruh penjuru dunia. Kita lihat para pemuda kaum Muslimin mulai bangkit termasuk di negara kita.

Oleh sebab itu marilah kita bangkit ihkwah, marilah kita rebut lagi kemuliaan kita, mengapa kita masih bersantai-santai sementara ribuan Muslimat diperkosa, ribuan anak-anak, saudara-saudara kita di Chechnya, Afghan, Iraq, dan Palestin, dibelasah dengan keji oleh orang kafir sama ada secara langsung mahupun secara ekonomi.

Kembalillah pada Sunnah dan Aqidah yang benar tentu kita akan bersatu kerana tidak ada ikatan yang paling kuat kecuali bersatu diatas Aqidah yang benar. Sukar sekali kita akan menang kecuali dengan persatuan. Dan persatuan antara kita tidak akan terjalin jika kita tidak kembali kepada sunnah dan aqidah yang benar kerana aqidah yang benar (al-haq) adalah satu, selain itu adalah sesat. Dan merupakan sunnatullah di alam ini bahawa kebenaran dan kesesatan akan selalu bermusuhan dan tidak akan pernah bersatu selamanya. Ingatlah sahabat, kita adalah umat yang mulia, umat yang dipilih Allah S.W.T. untuk memimpin dunia. Semua itu tentu tidak dapat diraih kecuali dengan bersunguh-sungguh.

Disesuaikan daripada http://www.mediamuslim.
(Sumber Rujukan: Al-Himmah Al-'Aliyah Mu'awwiqatuha wa Muqawwimatuha karya Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd)

Friday, July 20, 2007

USIA KHADIJAH KETIKA BERKAHWIN DENGAN RASULULLAH SAW









Dalam posting yang lalu penulis telah menyentuh sedikit tentang fakta mengenai usia sebenar Sayyidatina Khadijah r.a. semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Seiring dengan kemajuan sains terutamanya di bidang perubatan yang telah membekalkan kita dengan maklumat terkini khususnya mengenai reproduksi, mula timbul beberapa persoalan tentang kebenaran perbezaan usia Khadijah r.a. semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya persoalan dan tuduhan yang menyakitkan telah lama 'didendang' oleh para orientalis Barat yang mempunyai agenda untuk melakukan ‘character assasination’ terhadap kekasih Allah yang amat kita sanjung ini. Antara persoalan yang sering dtimbulkan adalah:-

Logik atau tidak dalam usia lanjut, Khadijah r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir?

Rasulullah SAW mengahwini seorang wanita tua(janda) demi kekayaan?

Bagi umat Islam yang amat mencintai Rasulullah SAW, tidak timbul sebarang keraguan mengenai riwayat hidup Rasulullah SAW yang disogokkan kepada kita sejak sekian lama, namun bagaimana kita hendak berhadapan dengan musuh yang sentiasa mencari peluang untuk menghina Rasul junjungan kita? Walaubagaimanapun segala persoalan tersebut telah berjaya dikupas melalui kajian seorang tokoh seorang ulama yang unggul di India -Pakistan. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan seorang hafiz dan qari, ulama yang terkemuka dalam bidang tafsir dan hadis, juga seorang penyusun dan pengarang kepada kajian akademik yang tinggi serta penterjemah bahan-bahan akademik dari Bahasa Arab ke Bahasa Urdu. Tokoh yang dimaksudkan ialah Hazrat Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi.

Berikut disisipkan terjemahan kajian yang telah dijalankan oleh beliau bagi menjelaskan persoalan diatas disamping ianya diharap dapat membuka minda kita untuk menilai semula sejarah. Barangkali tulisan ini boleh dijadikan asas kepada perbincangan yang lebih segar dalam usaha untuk memurnikan semula sejarah Islam yang menimbulkan keraguan dan persoalan ummah ketika ini. Semoga bermanfaat.

PERBAHASAN TENTANG USIA SEBENAR KHADIJAH R.A. SEMASA BERKAHWIN DENGAN RASULULLAH S.A.W

Dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang yang tidak berasas tetapi telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada ugama. Ini adalah percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua. Dalam usia lanjut , beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir.

Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi , Jilid II, m/s 402).

Di sini, timbul satu persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?

Pihak Orientalis dan musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana peristiwa ini jelas bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa seperti ini, mereka mengambil kesempatan untuk mencemuh Islam.

Namun begitu, ulama kita sebaliknya menganggap kejadian ini sebagai ‘satu mukjizat’ Rasulullah s.a.w. Tambahan lagi mereka menganggap inilah keistimewaan nabi s.a.w. kerana sanggup mengahwini wanita yang tua sedangkan baginda s.a.w. sendiri muda belia.

Di pihak yang lain golongan Syiah mendakwa adalah tidak mungkin melahirkan sebegitu ramai anak di usia tua. Oleh itu, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak diiktiraf sebagai anak nabi s.a.w.

Golongan Syiah mengatakan bahawa umur Khadijah r.a. ialah 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Meskipun mereka amat mahir bermain dengan angka, mereka telah melakukan kesilapan bodoh bila mendakwa bahawa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kenabian. Dalam hal ini, Khadijah sudah berumur 60 tahun semasa melahirkan Fatimah r.a.. Dengan ini tidak mungkin Ruqayyah dan Kalthum adalah anak kepada Khadijah kerana mereka adalah lebih muda dari Fatimah.









Kita akan membuktikan bahawa empat orang anak perempuan ini adalah dilahirkan oleh Saidatina Khadijah r.a. dari Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu orang Syiah perlu membuktikan bahawa seorang wanita yang berusia 60 tahun boleh melahirkan anak. Dan apabila mereka membuktikannya, mereka mesti juga membuktikan bahawa Fatimah r.a. adalah anak kepada Khadijah r.a.

Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ada yang berkata umurnya 40 tahun. Ada yang berpendapat usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun, dan sesetengah pula mengatakan 27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun. Ahli-ahli sejarah Syiah sependapat mengatakan umurnya 40 tahun, dan mereka menolak pendapat lain. Dan mereka riuh rendah menyebarkan pendapat ‘40 tahun’ ini seolah-olah pandangan lain tidak pernah wujud. Ulama kita dan ahli-ahli sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan daayah ini dan menyangkakan bahawa pendapat golongan Syiah inilah yang ‘tepat’.

Hafiz Ibn Kathir menulis:
“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)






Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun.

Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)

Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun. Dan juga, Hafiz Ibn Kathir juga telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. ) adalah salah dan tidak benar sama sekali..

Meskipun dengan fakta yang sebegini jelas, kita masih mempercayai (dan terperangkap) dalam berita yang lebih merupakan khabar angin semata-mata.

Apabila kami mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami, kerana kami adalah mangsa kepada suatu salah faham yang besar. Moga Allah yang Berkuasa mengurniakan kepada kita semua kefahaman akan Kebenaran.

Wallahua’lam.

Wednesday, July 18, 2007

TOKOH INSPIRASI ISLAM



Sewaktu bersekolah rendah pada awal tahun 70an, salah satu subjek yang diajar ialah Tawarikh. Hari ini ianya disebut sejarah. Tawarikh dan sejarah sama saja, satu daripada akar bahasa Arab dan satu lagi bahasa Melayu. Berbeza dengan silabus subjek sejarah pada masa kini, tawarikh sekolah rendah hanya memfokuskan kepada tokoh dan pencapaian mereka. Selepas hampir 40 tahun meninggalkan sekolah rendah, penulis masih ingat sebahagian tokoh yang dibincangkan bermula daripada Tamadun Sumeria(Mesopotamia) sehingga kepada tokoh-tokoh penjajah, ahli pelayaran, ahli falsafah, penakluk sehingga kepada pencipta era Renaisance. Hammurabi, Nebucadnezar yang terkenal dengan Taman tergantung di Babylon, Ferdinand Magellan, Bartholomeow de Diaz, Lopez de Squera, Alphonso de Albuquerque, Kung Fu Tze, Loa Tze, Gautama Budha, Edwad Jenner, Joan of Arc, Albert Switchetzer, David Livingstone, William Konrad Roentgen, John McAdam dan lain-lain.

Jika dilihat daripada senarai tokoh yang dipaparkan, seingat penulis tidak ada seorang pun tokoh Islam dalam bidang-bidang kepakaran yang dibincangkan dalam silabus waktu di sekolah rendah dahulu. Pelajar hanya didedahkan kepada tokoh-tokoh ilmuan Islam ketika mengambil subjek Tamadun Islam di peringkat universiti. Sedangkan sewaktu umur 7 tahun sehingga 12 tahun, pelajar telah didoktrinkan dengan tokoh-tokoh non Muslim yang telah berjaya meresap masuk kedalam fikiran, ingatan dan jiwa pelajar di peringkat awal persekolahan. Sebagaimana yang telah disepakati oleh pakar psikologi pendidikan, bahawa tahun-tahun awal persekolahan inilah yang akan membentuk pemikiran, persepsi dan pegangan hidup mereka.

Peranan subjek sejarah di dalam mengangkat sahsiah manusia di peringkat awal kehidupan memang jelas. Tokoh pendidik Barat yang menggubal kurikulum pada waktu itu sedar bahawa dengan mengajar dan mempekenalkan kehebatan tokoh-tokoh tersebut akan dapat membentuk minda pelajar muda ini ke arah menyanjung, menghargai dan mengagumi tokoh yang bukan daripada kalangan yang seagama dengan mereka. Barangkali minda inilah yang telah berakar umbi dalam jiwa orang Melayu yang begitu menyanjung, menghargai dan mengagumi apa sahaja yang datang dari Barat. Jika tokoh-tokoh ilmuan Islam telah diberi tempat yang sewajarnya di dalam mendidik pelajar Islam di peringkat awal, penulis yakin jiwa kita akan dapat dididik kearah menyanjung dan mengagumi kehebatan kita sendiri.

Bagi meneruskan agenda inspirasi diri, penulis akan mengepos sejarah tokoh ilmuan, pejuang Islam di samping mengambil sikap untuk memperbetulkan fakta-fakta sejarah yang selama ini dianggap sebagai Sejarah Islam tetapi telah berlaku penyelewengan demi kepentingan puak tertentu. Kebetulannya baru-baru ini penulis berkesempatan mengikuti satu program Islam di TV yang antara lain topik yang dibincangkan ialah tentang kehebatan isteri pertama Rasulullah SAW, Sayyidatina Khadijah RA. Perbincangan tersebut memang menarik, malangnya fakta usia ketika perkahwinan baginda berdua masih lagi mengambil data sejarah yang jelas telah banyak dipertikaikan. Penulis akan kembali kepada perbincangan pemurnian Sejarah Islam dalam posting yang akan datang. Untuk kali ini disisipkan Sejarah hidup dan perjuangan Tokoh pejuang Salahuddin al Ayubi untuk inspirasi kita kali ini. Semoga bermanfaat.

Salahuddin Al-Ayyubi
Petikan dari Abul Hassan Ali Nadwai
Judul asal : Saviors of Islamic Spirit.

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang
Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain,
belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan
mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka
sebelum beliau menguasai Mesir dan menentang tentera Salib
bahawa anak Kurdish ini suatu hari nanti akan merampas
kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah
yang hebat. Dan tiada siapa yang
menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga
menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran
hingga ke hari ini.
Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat
menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang gabenor
yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi
tidak menunjukkan satupun tanda-tanda beliau akan menjadi
orang hebat pada masa depan. Akan tetapi beliau
menunjukkan akhlak yang mulia.
Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk
menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah
menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk
menjadi pemimpin agung itu. Ketika beliau menjadi tentera
Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, beliau diperintahkan
untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah
oleh sebuah kerajaan Syi’ah yang tidak bernaung di
bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama
Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat
berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan
orang yang hendak di bawa ke tempat
pembunuhan (Bahauddin, 1234).
Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan
firman Allah, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal beliau amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu, padahal beliau amat buruk bagimu”
(Al-Baqarah:216)
Pertukaran Hidup Salahuddin al Ayubi
Ketika Salahuddin menguasai Mesir, beliau tiba-tiba
berubah. Beliau yakin bahawa Allah telah mempertanggung
jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak
mungkin dapat dilaksanakan jika beliau tidak
bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam
catatannya bahawa sebaik-baik sahaja Salahuddin
menjadi pemerintah Mesir, unia dan kesenangannya
telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang
rendah dan syukur kepada Allah beliau telah menolak
godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya
(Bahauddin,1234).
Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahawa
Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih
keras. Beliau bertambah wara’ dan menjalani hidup yang
lebih berdisiplin dan sederhana. Beliau mengenepikan
corak hidup senang dan memilih corak hidup “Spartan”
yang menjadi contoh kepada tenteranya. Beliau menumpukan
seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk
membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk
menghalau orang kafir dari tanah air Islam.

Salahuddin pernah berkata, “Ketika Allah menganugerah
kan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud
Palestin untukku. Ini menyebabkan beliau mem
perjuangkan Islam dan telah
menyerahkan seluruh dirinya untuk jalan jihad.
Semangat Jihadnya
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di
jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa
semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad
menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad
menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Beliau
sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat
pasukan tenteranya, mencari
mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.
Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan
jihad beliau akan memberikan sepenuh perhatian.
Sehubungan dengan ini beliau lebih banyak di dalam khemah
perang daripada duduk di istana bersama kaum
keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad
akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang
memerhatikannya akan dapat melihat beliau
telah memulakan jihad melawan tentera salib beliau dan
menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan
perang serta menaikkan semangat tenteranya.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang
garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh
tangan jahat. Beliau akan bergerak dari satu hujung medan
peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan
tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah
semata-mata. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok
tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia
supaya bangkit membela Islam.
Ketika beliau mengepung Acre beliau hanya minum, itupun
selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan.
Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga
Isnin kerana beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234).


Peperangan Hittin
Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara
tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan
Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24
Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam
peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin
telah dapat ditawan beserta adiknya Reginald dari
Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan
ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron
dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga
tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah
tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahawa dapat
dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang
tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan
tali khemah.
Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti
batu di atas batu di antara salib-salib yang patah,
potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia
berguling. Dianggarkan 30,000
tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini.
Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat
dilihat memutih dari jauh.
Kecintaan Salahuddin kepada Islam
Peperangan Hittin telah menyerahkan kecintaan
Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis
bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa
peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah
khemahnya didirikan, diperintahkannya tawanan perang
dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan
Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya.
Dipersilakan sang Raja duduk dekatnya.
Kemudian beliau bangun pergi ke hadapan Reginald lalu
berkata, “Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuh
nya. Pertama ketika beliau bersumpah akan melanggar dua
kota suci dan kedua ketika beliau menyerang jamaah haji.
Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad SAW ke
atasnya”. Lalu beliau menghunuskan pedangnya dan memenggal
kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh
pengawal dari khemah.
Raja Palestin melihat adiknya dipancung, beliau
mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba.
Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan
mengapa-apakannya sambil berkata, “Bukanlah kelaziman
seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu
telah melampaui batasan, jadi terjadilah
apa yang telah terjadi”.
Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban
Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad saw. Bahauddin
bin Shaddad, penasihat kepercayaan
Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin
diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh
Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka
dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya
mengatakan, “Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad,
untuk menyelamatkan kamu”. Ketika beliau mendengar berita
ini beliau telah berjanji akan membunuh Reginald dengan
tangannya sendiri apabila beliau dapat menangkapnya.
Menawan Baitul Muqaddis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah
kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis.
Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin
sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis
hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang
dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab,
583H, iaitu pada hari Isra’ Mi’raj,
Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah
saw. naik ke langit.
Dalam catatan Bahauddin beliau menyatakan inilah kemenangan
atas kemenangang. Ramai orang yang terdiri dari ulama,
pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya
ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua
ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk
mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh
dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang.
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit.
Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. Salib yang terpampang di
‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa
hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya
Allah saja yang tahu betapa hebatnya hari itu.
Salahuddin yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa
peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman
musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui
hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahawa kebaikan
hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas
dendam. Beliau telah menuliskan yang Salahuddin telah
menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang
Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggung
jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah
segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran
orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.
Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di
tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di
pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada
orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga
telah menulis bahawa Salahuddin telah mengatakan
kepada pegawainya, “Adikku telah membuat infak, Padri
besar pun telah menderma. Sekarang giliranku pula”.
Lalu beliau memerintahkan pegawainya mewartakan di
jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu
membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka
berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St.
Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan
sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa
menghitung bilangan mereka.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula
tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul
Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat
dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred
menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan
itu ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam
yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah
dari jarak dekat di atas bumbung dan menara
rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang
mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara
beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di
mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka
sangat bernasib baik orang-orang Kristian apabila
mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan
Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin,
maka beliau sudah cukup membuktikan dialah seorang
penakluk yang paling penyantun dan baik hati di
zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.
Perang Salib Ketiga
Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian beliau telah menawan Baitul Muqaddis tanpa sebarang tentangan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin.

Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia
Kristian seperti Fredrick Barbossa Raja Jerman,
Richard The Lion Heart Raja England, Philips Augustus Raja
Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan
Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin
yang hanya dibantu oleh beberapa pembesar nya dan
saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan
kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka
tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang
besar itu.
Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga
menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu.
Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk membuat
perjanjian di Ramallah pada tahun 588H. Perjanjian ini
mengakui Salahuddin adalah penguasa Palestin seluruhnya
kecuali bandar Acre diletakkan di bawah pemerintahan
Kristian. Maka berakhirlah peperangan
Salib ketiga.
Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai
berakhirnya Perang Suci yang telah berlanjutan selama 5
tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan
Julai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di
dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian
Ramallah pada bulan September, 1192 M, keseluruhanya
menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari
Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun
dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah
Palestin masih di tangan orang-orang Kristian.
Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah
mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan
Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan
beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu
membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk
mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan
Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan
ada yang balik dan sebahagian
pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah
Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan
Salahuddin.
Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan
dunia Kristian yang telah ditumpukan dalam peperangan
Salib ketiga tidak menggoyangkan kekuatan Salahuddin.
Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan
yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur
apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di
jalan Allah. Tenteranya yang berada jauh di lembah
Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak
henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah
berbelah bagi.
Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosul
(sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan
yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang
boleh memberikan kepercayaan kepada tentera-tenteranya
dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurdishs, Turkmans, tanah
Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana
saja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan
kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka
di atas jalan Allah dari pada mula peperangan pada
tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.
Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini
Salahuddin sentiasa bermesyuarat. Beliau mempunyai majlis syura
(musyawarah)yang membuat keputusan-keputusan
ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan
keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada
siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa
yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya
sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya,
anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat
lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan
setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama
banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya
menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa
pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu,
mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.
Mangkatnya Salahuddin
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin
ke rahmatullah selepas berhempas puas mengembalikan
tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin
Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis
mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27
Safar, 12 hari selepas beliau jatuh sakit, beliau telah
menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja’afar seorang yang
wara’ telah diminta menemani Salahuddin di Istana
supaya jika beliau nazak, bacaan Qur’an dan syahadah boleh
diperdengarkan kepadanya.
Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda
berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah
duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas
membacakan Qur’an. Dalam masa ini Salahuddin selalu
pengsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar
membacakan ayat, “Dialah Allah, tiada tuhan melainkan
Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
(Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil
senyum, mukanya berseri dan dengan nada yang gembira beliau
berkata, “Memang benar”. Selepas beliau mengucapkan
kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa
ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.
Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak
meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham
ketika beliau mangkat. Tiada rumah-rumah, barang-barang,
tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkan
nya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup
untuk urusan pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa
meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian
ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang
menterinya.
Salahuddin yang Wara’
Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin
telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu
hari beliau berkata bahawa beliau telah lama tidak pergi
sembahyang berjemaah. Beliau memang suka sembahyang
berjemaah, bahkan ketika sakitnya beliau akan memaksa
dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan
sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh
Rasulullah SAW, beliau sentiasa mengerjakan sembahyang
sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu beliau tidak
dapat sembahyang malam, beliau akan menunaikannya ketika
hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang
di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga hari
terakhir di mana beliau telah tersangat lemah dan selalu
pengsan.
Tetapi beliau tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Beliau
tidak pernah membayar zakat kerana beliau tidak mempunyai
harta yang cukup nisab. Beliau sangat murah hati dan akan
menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin
dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya
beliau hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar
wang emas. Beliau tidak meninggalkan harta.
Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak
pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya
sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika
sakitnya pun beliau berpuasa sehinggalah doktor menasihat
kannya dengan tegas supaya berbuka. Lalu beliau berbuka
dengan hati yang berat sambil berkata, “Aku tak tahu
bila ajal akan menemuiku”. Maka segera beliau membayar
fidyah.
Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin
teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi beliau
tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewafatannya,
keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi
tetapi ditakdirkan tidak. Beliau sangat gemar mendengar bacaan
Qur’an. Dalam medan peperangan beliau acap kali duduk
mendegar bacaan Qur’an para pengawal yang dilawatinya
sehingga 3 atau 4 juzu’ semalam. Beliau mendengar dengan
sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya
membasahi dagunya.
Beliau juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah SAW.
Beliau akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya
duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis
datang ke bandar, beliau akan pergi mendengar kuliahnya.
Kadang kadang beliau sendiri membacakan hadis dengan mata
yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang beliau
berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk
mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya.
Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan
Allah. Beliau biasa meletakkan segala harapan nya kepada
Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu
ketika beliau berada di Jerusalem yang pada masa itu
seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada
kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan
sangat terdesak beliau enggan untuk meninggalkan kota suci
itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk.
Bahaauddin mencatatkan, “Hanya aku dan Salahuddin
sahaja pada masa itu. Beliau menghabis kan masa malam itu
dengan bersembahyang dan munajat.
Pada tengah malam saya minta supaya beliau berehat tetapi
jawanya, “Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur
sejenak”. Bila hampir subuh akupun bangun dan pergi
mendapatkannya. Aku dapati beliau sedang membasuh
tangannya. “Aku tidak tidur semalam” katanya. Selepas
sembahyang subuh aku berkata kepadanya, “Kenapa kau ber
munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya?”. Lalu beliau
bertanya, “Apa yang perlu ku lakukan?”
Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan sembunyi2. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah SAW pernah sembahyang sebelum mi’raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajatlah kepada Allah dengan ucapan “Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau saja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini”
Aku mengatakan kepadanya, “Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu”. Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Kekalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menyampaikan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramallah pada hari Isnin pagi”
Perangai Salahuddin
Siapa yang rapat dengannya mengatakan beliau adalah
seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka
kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan
tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama
Salahuddin telah mencatatkan beliau telah memberikan masa
untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin
dan Selasa. Pada masa ini beliau disertai oleh
pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang
boleh berjumpa dengannya. Beliau sendiri akan membacakan
aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk
dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil
dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Beliau tidak
pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi beliau
belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang
sama beliau sentiasa bertasbih kepada Allah.
Jika ada orang membuat aduan, beliau akan mendengarkan
dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya.
Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan
berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan
segera beliau memanggil anak saudaranya itu dan meminta
penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang
membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang
memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu
didapati tidak berasas, beliau telah menghadiahkan orang
itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Beliau adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah
lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak
adilan. Beliau sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan
pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka
melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, beliau tidak
pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka
mereka. Pada suatu ketika beliau pernah meminta air minum,
tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan
kepadanya. Beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata,
“Aku hampir mati kehausan”. Beliau kemudian meminum air
yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan.
Dalam ketika yang lain beliau hendak mandi selepas
mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang
disediakan agak panas, lalu beliau meminta air sejuk.
Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk
terpercik kepadanya. Disebabkan beliau belum benar-benar
sihat, beliau merasa kesejukan tetapi beliau hanya berkata
kepada khadamnya, “Katakan sajalah kalau kau tak suka
kepadaku”. Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan
Salahuddin terus memaafkannya.
Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa
yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati
Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya
pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika beliau
telah berjaya menawan bandar ‘Amad. Lalu seorang
perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan
keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan
senang hati beliau memberikannya. Bahkan dalam beberapa
ketika beliau menjualkan hartanya semata-mata untuk
membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin,
bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan
untuk digunakan semasa kecemasan.
Jika beliau tahu, beliau akan menyedekahkan khazanah negara
sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan
baginya wang dan debu sama saja. “Aku tahu”, kata
Bahauddin, “Beliau mengatakan dirinya”. Salahuddin tidak
pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya
tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda
penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja
Saida pernah menemui Salahuddin dan beliau menyambutnya
dengan tangan terbuka, melayannya dengan hormat dan
mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan
Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan
kepada Richard the Lion Heart, musuh ketatnya, ketika Raja
Inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga beliau sangat mudah
terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan
kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian
datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu
menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil
menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan
itu seterusnya mengatakan beliau telah umumkan hanya
Salahuddin saja yang boleh mendapatkan bayi itu
kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan
itu lalu iapun turut menangis. Beliau segera memerintah
kan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar
hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat
dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan
kesejahteraan Salahuddin.
Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan
belas kepada anak-anak yatim. Bila beliau terjumpa
anak-anak yatim beliau akan menguruskan supaya ada orang
menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang beliau sendiri
yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang
ditemuinya. Beliau juga sangat kasihan melihat orang tua
atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan
yang khas kepada mereka apabila beliau bertemu dengan
orang sedemikian.
Kesungguhan dan Semangat
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan
bahawa Salahuddin mengidap sakit teruk yang
menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun
demikian, beliau keluar menunggang kudanya untuk memeriksa
angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya
bagaimana beliau boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin
menjawab, “Penyakit akan meninggalkanku
apabila kamu menunggang kuda”.
Dalam ketika yang lain beliau sebenarnya dalam keadaan
yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh
sepanjang malam. “Apabila beliau sakit”, kata Bahauddin,
Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Beliau
tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila
pagi menjelang, beliau akan menunggang kuda untuk melawan
musuh. Beliau menghantar anak-anaknya ke medan perang
sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku
dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang
kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja
menjelang. Beliau hanya akan kembali ke khemah
selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan
pada waktu malam”.
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya
tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sediri pergi ke kawasan perkhemahan
tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan
dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi
merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara.
Beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap
tenteranya dan memberikan arahan kepada
panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada
mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa
beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa beliau
selalu mendengar
bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang.
Apabila mendengar perkara ini beliau segera mengarahkan
supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika
peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera
Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam beberapa
ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang,
tetapi Salahuddin menghadapinya dengan
tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan
Allah beliau menang, membunuh banyak musuh dan membawa
banyak tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang
lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata
berat mendarat pada satu petang.
Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali
Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa
kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari
musuh telah menyebabkan tentera Islam kelam kabut.
Tentera musuh telah merempuh khemah-khemah tentera
Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan
mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan
teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya
kembali sehingga beliau berjaya membalikkan kekalahan
menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan
berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.
Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita
Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata
kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada
dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh
tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan
tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku
berikan arahan-arahanku yang terakhir
lalu ku ucapkan selamat tinggal.

Salahuddin Sebagai Ulama
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh.
Beliau juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan
adat-adat mereka. Bahkan beliau mengetahui sifat-sifat
kuda Arab walaupun beliau sebenarnya orang Kurdish. Beliau
sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat
dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa
berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya.
Di samping Qur’an beliau juga banyak menghafal syair-syair
Arab.
Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin
mempunyai pengetahuan yang mendalam dan gemar untuk mendalami
lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta
sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul
fiqh dan juga tafsir Qur’an.

Rujukan :
Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H.
Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155
Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99
Nota : Salahuddin adalah yang menghidupkan Maulidurrasul
SAW, hingga tentara Islam terus berjaya.

Tuesday, July 17, 2007

KENAL DIRI KENAL HATI

Posting kali ini akan memulakan perbincangan mengenai diri manusia. Kerapkali ungkapan mengenal diri menjadi tajuk dan fokus perbincangan melalui perspektif yang pelbagai. Sesungguhnya manusia memang dikurniakan Khaliqnya dengan naluri ingin mengetahui rahsia kejadian dirinya. Jika kita melihat perspektif yang pelbagai ini, secara mudah dapat disimpulkan kajian tentang mengenal diri menjurus kepada dua perspektif utama, iaitu mengenal diri secara lahiriah-fizikal dan secara rohani-spiritual. Kedua-dua pendekatan sebenarnya perlu disepadukan untuk akhirnya dapat mencapai tahap mengenali diri secara holistik. Sebagai Muslim, panduan utama ke arah ini sudah tentu bermula dengan panduan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ‘Sesungguhnya di dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging, bila baik ia nescaya baiklah seluruh tubuhnya dan bila jahat ia, nescaya jahatlah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, itulah kalbu(hati) – Hadis riwayat Assyaikhan.

MENGAPA HATI?
Manusia diciptakan dengan pelbagai unsur di dalam dirinya. Ianya adalah kombinasi tubuh badan fizikal, akal, nafsu dan hati. Jika diibaratkan seluruh tubuh sebagai sebuah kerajaan, rajanya adalah hati. Akal yang mempunyai maklumat menghasilkan pengetahuan, tetapi manusia tidak bertindak berdasarkan pengetahuannya. Pengetahuan tidak menjana tindakan apatah lagi untuk tindakan itu sampai menjadi tabiat atau sikap yang tekal. Manusia lazimnya akan bertindak berdasarkan kepada desakan hatinya. Segala keputusan ditentukan oleh hati atas nasihat sama ada oleh akal atau sebaliknya, nafsu.

Maka segala perlakuan manusia itu, sebenarnya adalah hasil kepada tindakan hati dan bukannya kerja akal. Dengan demikian itu, amat wajarlah untuk hati menjadi fokus. Ia tempat jatuh pandangan Allah, ia tempat terbit perilaku patuh kepada Allah. Maka segala perintah Allah berupa undang-undang, hukum hakam, suruhan dan larangan, semuanya akan muncul dengan titah hati sebagai raja kepada kerajaan diri seorang insan. Jika hatinya mengikut akal yang terpimpin oleh wahyu, terbentuk dengan ‘rasa’ yang terbit dari ketundukan nafsu, maka terbitlah taat dan istiqamah di dalam melaksanakan perintah Allah. Sesungguhnya taat atau maksiat, sangat bergantung kepada tahap kesejahteraan hati seorang manusia. Manusia yang bertemu Allah dengan membawa hati yang sejahtera adalah manusia yang mempersembahkan pita rakaman kepada segala ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah semasa menunaikan kewajipan hidup di dunia.

MEMBERSIHKAN HATI
Seperti yang dinyatakan di atas, hati adalah unsur paling penting dalam diri seseorang. Seseorang yang berakal tetapi tidak memiliki hati yang terdidik kerap menghadapi masalah. Terbelenggu dengan kekecewaan dalam perhubungan, merasa kerajaanr dengan kehidupan dan mudah putus asa dengan cabaran.

Sebagai raja dalam diri manusia, anggota tubuh adalah kerajaannya. Raja yang hebat pasti kerajaan juga jadi hebat. Begitu juga seandainya raja positif dan berwawasan, maka kerajaan juga akan positif dan bergerak merealisasikan wawasan raja.

Hati juga ibarat cermin. Hati yang terdidik dengan kebaikan akan membalikkan kebaikan. Setiap yang melihat pasti merasakan kebaikan dan kesucian hati itu. Kebaikan itu mengalir masuk di celah-celah liang kekerasan hati setiap orang disekelilingnya.

Konsep dan praktikal bagi satu pendidikan hati yang baik bukannya datang dari sumber luaran, tetapi daripada dalam diri sendiri. Seseorang yang mampu mendidik hatinya dengan baik, hatinya akan menjelma menjadi pusat segala kebaikan di muka bumi ini. Hatinya akan memancarkan cahaya ketenangan dan menyiram haruman ketinggian peribadi kepada sesiapa sahaja yang ditemui. Setiap tingkah lakunya teratur dan berhati-hati hasil dari keyakinan teguh di hati bahawa dia sentiasa diawasi.

EMPAT TAHAP MEMBERSIHKAN HATI
1. Menerima Hakikat Tiada Kejayaan Sebenar Di Dunia Ini
Kejayaan itu subjektif sifatnya. Tidak ada satu formula yang mampu mengira tahap kejayaan seseorang. Ramai yang berjaya dalam sesuatu bidang tetapi gagal dalam bidang yang lain. Untuk menyedapkan hati kita berkata “tidak ada yang sempurna dalam dunia”, “biasalah, berjaya tidak bermakna sempurna”. Oleh itu, apakah kejayaan yang sebenar? Kejayaan yang hakiki adalah apabila kita bertemu dengan ALLAH dan dikurniakan syurga. Terimalah hakikat, kejayaan di dunia bersifat sementara. Janganlah sekali-kali menggantung harapan kejayaan dunia sebagai sasaran. Anda hanya mengejar bayang-bayang sendiri.

2. Berusaha mencari ilmu mengenal diri sendiri
Manusia dianugerahkan pancaindera untuk melihat, mendengar, menghidu dan merasa. Ada yang cantik dan ada yang buruk. Ada yang lembut dan ada yang kasar. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada juga yang manis dan ada yang pahit. Kesemuanya adalah perkara-perkara luaran dari tubuh kita. Untuk mendapatkan ilmu berkaitan apa yang ada dalam diri kita sendiri, kita memerlukan satu lagi pancaindera. Pancaindera ini dinamakan ‘pandangan mata hati’. Pandangan mata hati mampu melihat segala kekuatan dan kelemahan dalam diri kita. Ia mampu menyatakan apa yang baik dan apa yang tidak kepada diri kita. Dua kunci untuk memperoleh pandangan mata hati adalah dengan mendekatkan diri dengan agama serta sering bertanya kepada orang lain terutamanya musuh tentang pandangannya terhadap anda dan anda menerima pandangan itu dengan terbuka dengan tekad untuk mendapatkan ilmu berkaitan diri sendiri.

3. Banyakkan waktu memuhasabahkan diri
Muhasabah adalah ketika anda melihat kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam diri. Setiap manusia pasti memiliki kekurangan dan kelemahan. Mengingati kekurangan dan kelemahan bukanlah untuk disesali tetapi untuk diperbaiki. Muhasabah juga adalah ketika anda merenungi kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan. Jangan takut apabila melakukan kesilapan kerana dengan kesilapan itulah kita belajar. Tetapi jangan cuba melakukan kesilapan dengan alasan untuk belajar. Gunakanlah beberapa ketika sebelum kita terlelap setiap malam untuk muhasabah, “apa yang telah aku lakukan sepanjang hari ini?”.

4. Belajarlah dari orang lain.
Orang yang bijaksana adalah orang yang menjadikan setiap inci kehidupannya sebagai satu proses pembelajaran. Lihatlah setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita dengan kaca mata seorang pelajar dan dengan pandangan mata hati untuk belajar. Jadikan setiap perkara buruk yang berlaku di persekitaran kita sebagai pengajaran untuk kita hindari. Gunakanlah semua perkara baik yang kita temui dan tempuhi sebagai pedoman untuk terus memperbaiki diri. Jadikan semua perkara tempat untuk kita belajar dan memperbaiki kualiti hati kita. Wallahua’lam.

Friday, July 13, 2007

TOKOH INSPIRASI MELAYU(3)

Tokoh seterusnya yang akan dibicarakan sebagai pencetus kemajuan bangsa Melayu ialah doktor perubatan Melayu yang dianggap sebagai yang terawal. Ungku Omar Ungku Ahmad juga meninggalkan kita dalam usia muda. Inilah posting terakhir sebagai bicara awal pencetus inspirasi. Selepas ini penulis berhasrat untuk memposting bahan yang berunsur motivasi ke arah menjana minda dan muhasabah diri, mudah-mudahan kita akan menjadi khalifah Allah sebenar-benarnya sebagaimana yang dituntut ajaran agama. Semoga ada manfaat jua.


Anak Melayu pertama dilantik memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan ( IMR )

Allahyarham Ungku Omar dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan. Beliau merupakan anak Melayu pertama dilantik memegang jawatan tersebut. Kepimpinannya berjaya menaikkan nama pusat itu. Hasil penyelidikannya mengenai kesihatan dan perubatan diterbitkan dan tersebar kepada masyarakat dalam dan luar negara. Semasa hayatnya beliau telah menghasilkan lebih 40 kertas kerja tentang bidang pengkhususannya.



Dato' Dr. Ungku Omar

ALLAHYARHAM DATO' DR. UNGKU OMAR UNGKU AHMAD bukan sahaja seorang ahli sains dan tokoh perubatan Melayu yang terkenal, malah beliau juga seorang inteligensia Melayu yang sentiasa memikirkan soal pembangunan bangsa dan agama. Ketokohannya dalam bidang sains dan perubatan terbukti melalui pencapaian akademiknya dan pengiktirafan yang diterimanya di peringkat antarabangsa, manakala semangat patriotiknya tergambar melalui agenda perjuangan meninggikan martabat ummah. Beliau bukan sahaja prihatin tentang kesihatan rakyat, malah turut terlibat membincangkan soal kemunduran bangsa dan ummah dan masyarakat terpinggir.

Dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru, Johor, Allahyarham Ungku Omar mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak, Johor. Sebagaimana anak-anak Johor lain yang terdidik di sekolah agama, Allahyarham tidak terkecuali. Beliau mendapat pendidikan di sekolah agama Johor hingga tamat darjah enam.

Sebagai pelajar yang cemerlang, Allahyarham Ungku Omar tidak berhenti di sekolah rendah, sebaliknya beliau menyambung pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya memasuki Universiti Malaya, Singapura. Kemasukannya ke UM agak istimewa kerana beliau terus diterima masuk ke Tahun Dua. Setelah memperoleh ijazah M.B.B.S. pada tahun 1957, beliau menjadi doktor pelatih di Johor Bahru. Tamat latihan, Allahyarham Ungku Omar berkhidmat dengan Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur sebagai pegawai perubatan dan penyelidikan.

Pada tahun 1961, beliau berangkat ke England untuk menyambung pelajaran. Beliau memperoleh diploma dalam bidang Patologi daripada Royal College of Physicians London dan Royal College of Surgeons of England pada tahun 1962, dan pada tahun yang sama beliau diterima berkhidmat sebagai pendaftar di Jabatan Patologi, Royal Free Hospital, School of Medicine, London.

Kelulusan dan kebolehannya tidak dipersia-siakan oleh pihak yang tahu menilainya. Ternyata beliau dapat menarik kepercayaan pihak majikannya apabila dua tahun kemudian beliau menjadi Pendaftar Kanan di jabatan yang sama. Beliau juga diterima menjadi ahli College of Pathologist, London.

Allahyarham Ungku Omar menyambung pelajarannya di peringkat kedoktoran dan memperoleh ijazah PhD pada tahun 1965 dalam bidang 'Clinical Chemistry' dengan tesisnya yang bertajuk "Electrolytes in Isolated Human Leucocytes." Pada tahun itu juga beliau diterima menjadi ahli Institute of Biology, London dan dua tahun kemudian diterima menjadi ahli kehormat College of American Pathologist, Amerika Syarikat.

Sekembalinya ke tanah air, Allahyarham Ungku Omar dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan. Beliau merupakan anak Melayu pertama dilantik memegang jawatan tersebut. Kepimpinannya berjaya menaikkan nama pusat itu. Hasil penyelidikannya mengenai kesihatan dan perubatan diterbitkan dan tersebar kepada masyarakat dalam dan luar negara. Semasa hayatnya beliau telah menghasilkan lebih 40 kertas kerja tentang bidang pengkhususannya.

Profesionnya sebagai pegawai perubatan tidak terhad kepada tugas membuat diagnosis terhadap pesakit dan memberi preskripsi ubat. Beliau kerap melontarkan idea yan segar, hasil daripada analisisnya. Keunikan Allahyarham Dato'Dr. Ungku Omar terkesan pada ketajaman fikirannya membuat analisis dari sudut kesihatan lalu menghubungkaitkan hasil analisis itu dengan situasi sosial, pendidikan dan pembangunan negara.

Dalam setiap lontaran ideanya, beliau menyampaikan hujahnya berdasarkan fakta sains. Tentang belia, misalnya, pandangan beliau tidak dipengaruhi retorik politik. Negara ini, katanya, tidak akan berjalan dengan cepat kalau tenaga belianya tidak disalurkan dalam semua aspek dan bidang pembangunan. Bagi tujuan membangunkan belia, sebagai seorang doktor, beliau melihat aspek kesihatan sebagai faktor penting. Beliau menulis, Mens Sana in Copore Sano (Otak yang Waras dalam Badan yang Sihat) kertas kerjanya yang bertajuk "Kedudukan Belia di Masa Ini" yang dibentangkan dalam Seminar Pertanian dan Perusahaan di Kolej Pertanian, Serdang, pada Februari 1968.

Prinsipnya mudah: "Kesihatan itulah kemajuan-Tak sihat manakan maju." Hal ini ditegaskan oleh beliau ketika memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perubatan negara. Agak aneh bunyinya apabila soal bahasa dikaitkan dengan kesihatan: tetapi begitulah tajamnya pandangan Allahyarham Ungku Omar. Ketajaman visinya terpancar pada pandangannya bahawa bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam memajukan kesihatan rakyat. Menurutnya rakyat tidak akan maju jika sentiasa berhadapan dengan penyakit dan penyakit tidak dapat dibasmi jika rakyat tidak diberi ilmu tentang perubatan selain faktor kekurangan makan dan kekurangan pertolongan daripada penguasa perubatan.

Menurutnya, kekurangan makanan berzat disebabkan kekurangan wang, kekurangan wang disebabkan oleh kekurangan ilmu dan mata pencarian. Ilmu untuk mendapatkan rezeki yang lumayan pula tersalut melalui bahasa Inggeris. Jadi, jalan penyelesaiannya ialah meluaskan penggunaan bahasa Melayu dan menaikkan tarafnya supaya rakyat luar bandar memperoleh maklumat yang betul tentang penjagaan kesihatan dan dapat pula mencari pendapatan yang lebih baik. ("Bahasa Melayu Dalam Lapangan Kesihatan, Perubatan dan Rumah Sakit," Dewan Bahasa, Vol.II No. II, 1958:530-35.)

Taraf kesihatan penduduk luar bandar menjadi agenda penting perjuangannya. Ini dapat dilihat dalam kertas kerjanya yang bertajuk "Keadaan Kesihatan Di Luar Bandar Penting Untuk Proses Pembangunan Dalam Segala Bidang" (Simposium Masalah Pembangunan Penduduk Luar Bandar, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, September 1967). Hasil penyelidikannya dalam kertas kerja itu telah menggemparkan negara. Beliau mendedahkan senario taraf kesihatan penduduk luar bandar yang telah diabaikan : kadar kematian di luar bandar yang enam kali ganda lebih tinggi daripada di bandar; kadar kemiskinan yang berkait rapat dengan penyakit malaria, kepialu, untut, cacing, kekurangan makanan dan anaemia; dan penyakit-penyakit lain.

Beliau juga lantang menyarankan bahawa peruntukan kewangan yang lebih besar patut disalurkan kepada penduduk luar bandar bagi mengatasi masalah ini. Ini amat penting, katanya kerana jika penduduk bandar sahaja diberi keutamaan, keadaan pada masa hadapan akan menjadi tidak stabil apabila masyarakat luar bandar berasa kecewa. Dalam kertas kerja yang sama, beliau menampakkan buktikan keprihatinannya tentang pelajaran anak bangsa dengan mencadangkan penubuhan sebuah universiti Islam bagi menampung keperluan anak Melayu yang ketinggalan dalam perlumbaan mendapatkan tempat di UM ekoran masalah bahasa.

Gagasannya itu merupakan lanjutan daripada cetusan ideanya yang telah dibentangkan pada Seminar Organisasi Islam di Kolej Islam, Kuala Lumpur (Ogos 1967). Dalam seminar tersebut Allahyarham Ungku Omar telah dari awal lagi mencadangkan penubuhan Universiti Islam yang akhirnya terlaksana juga pada tahun 1980-an. Ideanya itu bertujuan meninggikan taraf kehidupan anak bangsa dan umat Islam kerana beliau kecewa melihat kemunduran dari segi pelajaran di kalangna orang Islam.

Peneguhan semangat memperjuangkan anak bangsa dan umat Islam dapat dilihat pada peranannya dalam penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Malah, menurut sesetengah pihak, beliau antara orang penting dalam menyuarakan hasrat penubuhan UKM. Beliau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pentadbiran yang turut dianggotai oleh Abdullah Salleh (Timbalan Pengerusi), Dr. Rashdan Baba, Prof. Hamzah Sendut, Hassan Ibrahim, Abdullah Sanusi Ahmad, Arshad Ayub, Abu Bakar Abdul Hamid dan Jonid bin Abu Saham.

Penubuhan UKM adalah titik penting perkembangan pendidikan Melayu kerana inilah institusi pengajian tinggi yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mengangkat mertabat bahasa Melayu. Daripada institusi inilah juga lahirnya sekian banyak intelektual, teknorat dan birokrat Melayu. Dan yang lebih penting bahasa Melayu terbukti berupaya menyampaikan ilmu, sebagaimana yang sentiasa diperingkatkan oleh Allahyarham Ungku Omar.

Beliau juga terkenal dengan panggilan "Doktor radio" kerana peranannya memberikan ceramah mengenai kesihatan dan sains melalui Radio Malaysia. Penglibatannya dalam bidang sastera dan budaya pula terkesan melalui keanggotaannya dalam ASAS 50.

Allahyarham Ungku Omar telah memegang pelbagai jawatan: Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan; Pengarah Perkhidmatan Membasmi Malaria, Kementerian Kesihatan Malaysia; menjalankan tugas Pengarah Makmal Perubatan dan Kesihatan Malaysia dan Pengarah Perkhidmatan Pemindahan Darah Kebangsaan; Pengerusi Majlis Kolej Islam; Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Tengku Abdul Rahman; Ahli Lembaga Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka; Pengerusi Rancangan Operasi, Jawatankuasa Membasmi Malaria; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Membasmi Malaria; Pengerusi Jawatankuasa Standard Institutions of Malaysia, Biological and Medicinal Industry Standards; Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Istilah Perubatan, Johor Bahru dan diiktiraf oleh DBP; Ahli, Jawatankuasa Pakar, Kementerian Kesihatan Malaysia; Ahli Jawatankuasa Penyakit Kusta Kebangsaan; Ahli Lembaga Pembantu Hospital; Ahli Jumaah, UM; Ahli (pihak pegawai) Whitley Council, dan Pengerusi Institut Institut Penyelidikan Perubatan Whitley Council; Pensyarah, Pusat Sivik Kebangsaan, Kementerian Penerangan; Ketua Delegasi Malaysia ke Mesyuarat Jawatankuasa ASA Technical Cooperation dan Research (Filipina, Thailand dan Malaysia); Ahli Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau dalam Perubatan Tropika (SEAMEC); Ahli Jawatankuasa Sains Sosial UNESCO; Ahli, Majlis Pengajian Tinggi Malaysia; Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Pentadbiran Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri; Ahli, Lembaga Pengarah, Institut Piawaian Malaysia, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan; Ahli Jawatankuasa Penubuhan UKM dan Setiausaha Agung Persatuan Pegawai Kerajaan Kanan.

Beliau dikurniai Darjah Setia Mahkota (D.S.M.) oleh Yang di-Pertuan Agong pada bulan Jun 1967 dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati oleh Sultan Johor pada bulan Oktober 1967. Pada tahun 1968, beliau dianugerahi gelaran Profesor oleh Universitas Indonesia. Semasa menerima gelaran tersebut, beliau tidak ketinggalan mengutarakan gagasan tentang penubuhan sebuah universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 dalam usia yang begitu muda, 38 tahun, tetapi jasanya kekal hingga kini, dinikmati oleh generasi demi generasi. Sebagai penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam dunia pendidikan dan pembangunan negara, namanya diabadikan pada sebuah pusat pengajian tinggi (Politeknik Ungku Omar, Ipoh).

Artikel ini diambil dari buku Profil Tokoh-tokoh Gemilang Universiti Malaya.

Wednesday, July 11, 2007

TOKOH INSPIRASI MELAYU (2)


Menelusuri sejarah bangsa Melayu moden, tokoh pendidik Aminuddin Baki sewajarnya dikenang sebagai tokoh besar memajukan bangsa Melayu. Kesedaran tentang pentingnya ilmu di dalam upaya memajukan bangsa membuatkan beliau meski dalam usia yang singkat telah merencana dan melaksana pelbagai program ke arah tersebut. Sesungguhnya perjuangan beliau perlu dikenang dan dibalas dengan merealisasikan apa yang telah beliau gagaskan semasa hayatnya. Untuk lebih mengenali tokoh ini berikut ialah rencana yang dipetik daripada Laman Rasmi Yayasan Aminuddin Baki

Aminudin Baki

Aminuddin Baki (6 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.

Kehidupan awal
Dilahirkan di sebuah kampung di Chemor, Perak, Aminuddin memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932. Selepas lulus peperiksaan darjah lima pada tahun 1936, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson yang merupakan sekolah Inggeris yang terbaik di Ipoh ketika itu. Beliau tamat persekolahan menengahnya pada tahun 1941.

Pada sekitar tahun 1945, Aminuddin mula menunjukkan minat dalam persatuan pelajar ketika berasa amat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Institusi Victoria, Kuala Lumpur, walaupun persatuan itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudian bertukar nama kepada Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu pada 11 Februari 1946, dengan tujuan menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Aminuddin dilantik sebagai setiausaha dan kemudian, menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak pada April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada Oktober 1947, Aminuddin diterima sebagai pelajar di Kolej Raffles, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949.

Pada masa ini, UMNO yang telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union menggalakkan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948.

Walau bagaimanapun pada tahun 1949, Aminuddin terpaksa menghentikan kegiatan persatuan pelajarnya kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Pada ketika itu, beliau hanya mengikuti perkembangan persatuan dari jauh. Semasa di universiti, Aminuddin berminat mengajar dan untuk menimba pengalaman, beliau mendaftar sebagai guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu. Beliau mengajar di sekolah itu dari tahun 1949 hingga 1951. Pada tahun 1950, beliau bergiat aktif semula dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan itu. Dalam tahun yang sama, beliau lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dengan Kepujian.

Kerjaya
Selepas menamatkan pelajarannya pada tahun 1951, Aminuddin kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah untuk sebentar waktu dan kemudian, berkhidmat di Sekolah Anderson hingga Julai 1952. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa Ratu dan meninggalkan Pulau Pinang menaiki kapal pada 12 Julai 1952. Aminuddin memperoleh Ijazah Sarjana Kaedah-kaedah dalam bidang pendidikan pada bulan Julai 1953. Selepas pulang ke tanah air, beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Beliau memperkenalkan Sejarah Islam kepada pelajar tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955, Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Abdul Rahman Talib.

Ketia berusia 36 tahun, Aminuddin dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor, dan pada tahun yang sama menjadi Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan). Pada masa yang sama, beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga mewujudkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Aminuddin menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963.

Aminuddin Baki meninggal dunia pada tahun 1965 ketika berusia 39 tahun kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan sembahyang.
Siapa Tokoh Inspirasi Melayu?
Sekian lama orang Melayu dibuai dengan label malas, layu, lemah dan pelbagai konotasi negatif. Mutakhir beberapa tokoh perunding motivasi tanahair telah menampilkan beberapa tokoh yang boleh dijadikan penyuntik semangat dan mendedahkan bukti-bukti bahawa kita juga punya tokoh besar, bukan sekadar besar malah agung jika benar ianya dapat dibuktikan secara ilmiah.
Barat telah menulis sejarah bahwa merekalah yang berjaya membuktikan bumi ini bulat dengan tokoh utamanya Ferdinand Magellan, tetapi sejarah tak mampu berbohong kerana Pigafetta, penulis Itali yang turut serta dalam pelayaran Magellan telah membuat catatan yang menyatakan bahawa orang yang sebenarnya telah berjaya mengelilingi dunia secara sempurna ialah Enrique Of Melaka @ Henry The Black@Panglima Awang, seorang lelaki Melayu Nusantara (Sumatera, Melaka atau Filipino?). Berikut adalah tulisan Sabri Zain yang menerangkan fakta yang boleh menjadi titik tolak kepada perubahan minda Melayu :-
Panglima Awang @ Enrique Of Melaka @ Henry The Black

Was the first man to sail around the world a Malay?

Over the years, there has been considerable debate about who actually was the first man to sail around the world. We were all taught this historic honour belongs to Ferdinand Magellan (Fernao de Magalhaes, in his native Portuguese) who led the expedition of five ships and over 270 men out of Spain in 1519 and sailed westwards, reaching the Philippines, where he was killed. However, Magellan was thought to have travelled to as far as Sabah before, and one can argue that he had indeed actually completed circumnavigating the globe. There are also those who argue that the accolade should rightly belong to Sebastian del Cano, a mutineer from Magellan's crew, who led the one surviving ship, Victoria, and 17 other men, and limped back to Spain on September 8, 1522.
However, only one individual can truly claim to have been the first man to leave his home, sail around the globe and arrive at a part of the world where his mother tongue was spoken. That man was a Malay, Magellan's able servant and interpreter, called Enrique of Melaka or Henry the Black.

If there is any single Malay ever who has had the greatest impact on world history, it would probably be Enrique. It is therefore ironic that we know so little of the man. He is called Panglima Awang in Malay literature but there is no mention of him in any credible Malay historical records. There is brief mention of Enrique in the official Spanish crew lists, as well as Magellan's last will and testament. Almost all of the certain facts that we know of Enrique come from the most comprehensive chronicle of Magellan's voyage, the narrative by Antonio Pigafetta, an Italian volunteer who joined Magellan's crew.

Pigafetta does briefly mention Enrique's origins - he was a Malay who had lived in Melaka but was originally from 'Zamatra' (Sumatra). Magellan was among the crew of the Portuguese squadron of five ships under Diego Lopez de Sequeira which sailed into Melaka on September 1, 1509, and became the first Europeans to have contact with the Malay Peninsula. Magellan also took part in the capture of the city by the Portuguese in 1511 and it was probably then that he acquired a Malay slave, whom he gave the name Enrique.

The young Enrique may have been about 18 at the time - Magellan's will and testament made eight years later cited Enrique as being "of the age of twenty-six years, more or less". The will also stated specifically that Enrique was a "captured slave" - indicating that Enrique was not bought in a slave market by Magellan. He may have been one of the defenders of the city who was taken captive in the final Portuguese assault. Prisoners of war would have been regarded as slaves and could be divided as booty among the officers and men of the victorious Portuguese expedition. He may also have been a slave before the fall of the city. There were thousands of slaves in Melaka belonging to the merchants and Malay nobility, and Portuguese records indicate that Sultan Mahmud of Melaka alone had over three thousand 'ambarages' ('Hamba Raja' or royal slaves). Many of the 'hamba raja' were in fact prisoners of war brought back from Melaka's successful campaigns against the kingdoms of Sumatra, Enrique's birthplace.

The new slave must have been a useful guide and interpreter when Magellan then travelled to different parts of the East Indies after Melaka's capture, reaching as far as Sabah. He then sailed back to Lisbon in 1512, with his loyal Malay servant in tow, and was dispatched to the Portuguese campaigns against the Moors in Morocco. There, Magellan was wounded in battle and walked with a limp for the rest of his life. Accused of corruption while he was there, he bitterly left the service of the King of Portugal and offered his services to King Charles I of Spain in 1517. Portugal controlled all the eastward routes to the rich Spice Islands of the Malay archipelago and Magellan presented the King of Spain with his daring plan - to find a route sailing westwards to the Spice Islands, avoiding the Portuguese. It is said that he even had Enrique presented to the King and his Privy Council, to convince them that accompanying him on the voyage would be a man with the local language, knowledge and experience needed to make the voyage a success.

Up to then, it does appear that Enrique was a loyal and able servant, and that his relationship with his master was a good one - perhaps even one of friendship. It was certainly good enough for Magellan to declare in his will and testament that, upon his death, Enrique "shall be free and manumitted, and quit, exempt, and relieved of every obligation and subjection, that he may act as he desires and thinks fit." Magellan even left Enrique a comfortable share from his estate, "the sum of ten thousand maravedis in money for his support".

The Spanish king was won over with the plan. Magellan was provided with five sailing ships - San Antonio, Conception, Victoria, Santiago and his flagship Trinidad - and crews comprising over 270 men. They left the Spanish port of Sanlucar de Barrameda on September 20th, 1519 and began perhaps the most daring and historic voyage of exploration ever - a voyage whose significance can only be equaled to Man's landing on the moon 450 years later.

Across the Atlantic, down the coast of South America and upwards across the Pacific, they sailed and suffered many hardships - thirst, starvation, disease, storms, desertion, hostile natives, even mutiny. Finally, on March 16th , 1521 - eighteen months after they left Spain - they sighted Samar, the most easterly of the Philippine islands. They continued their exploration of the islands and encountered a number of natives - but Enrique's Malay was unintelligible to them and they had to communicate using sign language. Magellan must have despaired, thinking that they were still far from their goal - the islands of the Malay archipelago.

But on March 28th, a momentous event occurred. Pigafetta wrote: ".... we saw approaching two long boats, which they called Ballanghai, full of men, and in the larger was their king seated below an awning made of mats. And when they came near the captain's ship, the said slave (Enrique) spoke to that king, who understood him well."
From that moment onwards, Enrique became the sole ears and voice of this band of explorers. As they continued their voyage to the surrounding island kingdoms, it was Enrique alone who, on behalf of Magellan and the Spanish crown, spoke with kings and traders - requesting provisions, bartering goods to trade, offering messages of peace, delivering threats of war.

It was after delivering one such threat that Enrique lost his master and friend, Magellan. Magellan had befriended the ruler of Cebu, Raja Humabon and was asked to punish a large band of rebellious natives in the village of Mactan, under the leadership of a warrior named Lapu Lapu. On Saturday, the 27th of April, Magellan attacked Lapu Lapu's village with 60 men-at-arms - cannon, muskets, crossbows and steel swords against bamboo spears and poison-tipped arrows. But the small Spaniard force suddenly found itself overwhelmed by over 1,500 of Lapu Lapu's warriors.

Pigafetta noted that Lapu Lapu's men were converging their attacks on the Spanish captain himself - Magellan was first struck in the right leg by an arrow and later a spear stabbed him in the arm. For some reason, his cannon had now stopped firing and, despite being pressed by attacks for nearly an hour, no reinforcements had arrived from his waiting ships. Then, many of his men began to flee for the safety of their ships. The Filipinos rushed forward and, with a wounded arm that was barely able to raise his sword in defence, the limp Magellan trailed behind his fleeing soldiers. Wading knee-deep in the surf, he was finally pierced by a spear in the right leg and he collapsed face down. A wall of spears converged upon the fallen captain and he was dead.

Enrique himself was wounded in the battle. Devastated by the death Magellan, he went into deep mourning. Pigafetta writes that "he no longer went ashore to do necessary business but was always wrapped in a blanket." A new commander was elected to replace Magellan - a Portuguese by the name of Duarte Barbosa - and he was determined to show the Malay slave that the new captain would not tolerate such behaviour. Shouting at Enrique, Barbosa told him that although his master was dead, he was not to be freed but was to remain a slave. Duarte ordered him to go ashore whenever he was needed or he would be driven away.
Pigafetta then writes that Enrique was then suspected of plotting the downfall of his ship mates but he did not elaborate on the reason behind this conspiracy. Enrique may have suspected that the captains who remained on the ships may have plotted the death of his master during the battle - intentionally not sending him any reinforcements or supporting cannon fire. He may have been enraged at Barbosa for denying him his liberty - having been promised by his master that he should be set free upon his death. He may have felt that a master whom he had loved and admired was now dead, and there was no longer any reason to remain a slave - it was now time to start a new life as a free man.

Whatever the reason - whether it was loyalty, revenge, rage or just an attempt at freedom - the plot was hatched just three days after Magellan's death. Pigafetta writes that Enrique went ashore and told Humabon that the Spaniards were about to depart immediately "but, if he would follow his advice, he would gain all their ships merchandise ... and so they plotted a conspiracy."
The next day, Enrique told the Spaniards that Humabon had prepared jewels and presents to be brought to the King of Spain and asked them to come ashore to receive these. A party of Spaniards led by Barbosa did come, accompanied as usual by Enrique, but they were attacked. A lone survivor fled back towards the ships and, when asked if there were any others who survived the attack, he said all were dead, except the interpreter.
Official Spanish records list Enrique of Melaka as one of the 27 men massacred in that attack, so we really do not know if Enrique did survive that attack, as Pigafetta claims. What we do know is that was the last we hear of Enrique in Pigafetta's diary - and he disappears into the mists of history. No one knows if he remained in Cebu, or found his way back to Melaka or maybe even returned to his homeland in Sumatra. If he had indeed made his way home, he would have arrived there much earlier than del Cano - making the Malay slave the first man ever to have sailed around the world, rather than Magellan or del Cano
One could also argue that the Spaniards may have indeed changed the official crew lists to ensure that this was not a possibility - how could a Malay slave have beaten the flower of Spanish manhood in the race around the globe? Certainly, Enrique was to be just a footnote to the heroic deeds of Magellan and del Cano that were told in countless books about this remarkable voyage written over the next few hundred years. It was only in this century that questions were raised about this Malay interpreter and his role in this historic achievement. Little was known about him even in Malaya until, in 1958, the writer Harun Aminurrashid published one of the greatest historical novels in modern Malay fiction, "Panglima Awang".

Despite there being no written evidence indicating that Enrique had any origins in or connections with the Philippines - and Pigafetta's quite clear statement that he was from Sumatra - Filipino writers and historians are now claiming Enrique as one of their own countrymen. Some suggest that he may have been abducted from Cebu and brought to Sumatra or Melaka as a slave. Others think that he may have been a member of the small Filipino community living in Melaka at the time of its fall to the Portuguese. The most convenient feature of these theories is that if Enrique was indeed from Cebu, that would without any doubt make a Filipino the first man to have sailed around the world.
The main argument behind these theories is that Enrique could speak in the language of the people inhabiting the islands around Cebu - Bisayan - and therefore must have been from Cebu himself. There is a fatal flaw in this argument - Pigafetta's narrative above does show that Enrique could not communicate at all with the natives in his first encounter with them. It was only when he spoke with royalty - in this case, their king - or with traders that they suddenly found a common language among them. This is certainly not surprising - Malay was, by then, the 'lingua franca' of the whole Archipelago, and the official language of international diplomacy and trade for the whole region. All references to Enrique in Pigafetta's chronicle have him speaking with kings, chiefs or traders - rather than the common folk who may not have known the international language of Malay.
But the continuing controversy of whether he was Malay or Filipino does not detract from the monumental achievements of this man. Burning with the unquenchable wanderlust and seafaring passion of his race, Enrique of Melaka had sailed the seas of the East Indies with his master; followed him across the Indian Ocean and around the rim of the African continent; loyally fought alongside him in North Africa; lived in the splendour of the royal courts of Portugal and Spain. He embarked upon the greatest adventure ever - to circle the globe, the final frontier; to explore strange new worlds; to seek out new life and new civilizations; to boldly go where no man has gone before.
Having done that, he had returned full circle, to a land where he could understand the people and they could understand him. And there is just still the possibility that this humble Malay slave was indeed the first human ever to have sailed around the world.

Sources:

Pigafetta, Antonio, journal, quoted in Skelton, R.A., 'Magellan's Voyage--A narrative Account of the First Circumnavigation', New Haven: Yale University Press, 1969
Zweig, S. Magellan. 'Der Mann und seine Tat', Wien-Leipzig-Zürich, 1937 and Fischer Taschenbuch Verlag, 1983
Pintado, M J, 'Portuguese Documents On Melaka', National Archives of Malaysia, 1993.

http://www.sabrizain.demon.co.uk/malaya/port3.htm