Thursday, August 30, 2007
SAKIT ATAU TIDAK SAKIT?
Kes 1.
Pernahkah anda merasa sakit di bahagian anggota luaran mahupun dalaman tubuh namun selepas membuat pemeriksaan kesihatan, doktor mengesahkan anda tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Mudahnya anda disahkan sihat, tetapi anda masih terasa kesakitan.
Kes 2.
Pernahkah anda tidak merasa sakit di mana-mana bahagian anggota luaran mahupun dalaman tubuh namun selepas membuat pemeriksaan kesihatan, doktor juga mengesahkan anda tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Maksudnya anda disahkan sihat, tetapi anda masih mendakwa anda sakit.
Kedua-dua kes di atas memang merupakan suatu fenomena yang jarang berlaku, justeru apabila ianya dihadapi oleh sesiapa saja sama ada individu atau keluarga sendiri agak sukar untuk mencari jawapannya. Biasanya doktor perubatan sendiri tidak dapat menjelaskan fenomena ini, melainkan kes-kes tersebut dirujuk kepada ahli psikoterapi atau dalam kes-kes yang lebih kronik, bantuan pakar psikiatri terpaksa diminta.
Berdasarkan Diagnostic & Statistic Manual of Mental Disorders (4th edition) kes-kes tersebut dikategorikan sebagai Kecelaruan Somatofom (Somatoform Disorders) yang terdiri daripada 4 sub kategori iaitu:-
i. kecelaruan somatizasi(somatization disorder)(SD)
ii. kecelaruan konversi (conversion disorder)(CD)
iii. hipokondriasis (hypochondriasis)
iv. kecelaruan dismofik badan (body dysmorphic disorder)(BDD)
Kes satu merupakan simptom kepada CD, namun dalam kes yang ke2 agak sukar untuk membezakan antara CD dengan satu lagi masalah yang dipanggil 'malingering'. Malah dalam kes kedua prognosis bagi keduanya memberi jawapan yang hampir sama.
CD ialah keadaan dimana seseorang berpura-pura sakit untuk mendapat faedah tertentu seperti tidak perlu bekerja atau untuk mengelak dikenakan hukuman. Ada juga kes-kes dimana individu berpura-pura sakit untuk mendapat perhatian daripada keluarga atau orang tertentu.
Penulis akan meneruskan perbincangan ini dalam post yang akan datang, merangkumi punca kecelaruan dan kaedah rawatan yang sesuai.
Monday, August 27, 2007
MINDA, MENJADI TUAN ATAU HAMBA?
”Minda adalah pelopor kepada segala sesuatu, minda adalah pemimpin, minda adalah pembentuk” - Gautama Buddha
Minda merupakan hamba yang sangat berguna namun merupakan majikan yang paling kejam. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan minda anda. Berita baiknya, sebelum penulis menjelaskan maksud kenyataan di atas, adalah bahawa manusia adalah satu-satunya mahluk di dunia ini yang memiliki kemampuan berfikir mengenai proses berfikir. Istilah teknikalnya adalah metakognitif. Berita buruknya adalah bahawa sangat ramai orang yang tidak sedar, tidak tahu, pura-pura tidak tahu, atau bahkan tidak mahu tahu bahawa mereka sebenarnya memiliki kemampuan ini. Dan oleh sebab itu mereka tidak pernah sedar bahawa seumur hidup mereka telah menjadi budak atau hamba dari minda mereka sendiri.
Apapun yang terjadi di dalam hidup kita merupakan realisasi daripada minda kita yang dominan. Semakin kita memikirkan perkara yang tidak kita kehendaki, maka kita semakin cenderung mendapatkannya. Ada seorang gadis remaja, yang tidak suka dengan tingkah laku ibunya dan berkata, ”Nanti, kalau aku dewasa, aku tidak akan jadi seperti ibu aku.” Apa yang terjadi bila dia dewasa? Dia menjadi sama seperti ibunya. Mengapa? Kerana semakin dia fikirkan bahawa dia tidak mahu menjadi seperti ibunya, maka minda ini menjadi semakin dominan, semakin menguasai dirinya, dan dengan demikian mengarahkan dia untuk menjadi seperti ibunya.
Demikian juga orang gagal, yang pencapaian prestasi hidupnya rendah. Cuba anda tanyakan pada mereka, ”Apa yang mahu anda capai dalam hidup?” Mereka akan selalu berkata, ”Aku ingin agar hidup aku tidak kekurangan, tidak miskin, tidak susah, tidak menderita, tidak ini...., tidak itu.....” Yang mereka katakan selalu apa yang tidak mereka ingini terjadi pada diri mereka. Namun yang tidak mereka sedari adalah semakin mereka fokus untuk menghindari apa yang tidak mereka kehendaki maka minda mereka akan semakin membuat perkara itu menjadi kenyataan.
Sebaliknya kalau orang berjaya ditanya, ”Apa yang anda ingin capai dalam hidup?” maka mereka pasti akan menjawab, ”Aku ingin menjadi pengusaha berjaya, aku ingin membantu orang yang tidak mampu dengan kekayaan aku, aku ingin mendirikan rumah anak yatim, aku ingin menyekolahkan anak ke luar negara, aku ingin......., aku ingin........” Semua jawaban itu selalu yang positif. Anda boleh lihat bezanya sekarang?
Anda mungkin akan bertanya, ”Mengapa terjadi perbezaan hasil antara orang gagal dan orang berjaya, padahal mereka memikirkan tujuan yang sama?” Sebelum penulis jawab, penulis perlu membetulkan pertanyaan anda. Mereka memang kelihatan memikirkan perkara yang sama, tetapi sebenarnya tidak sama. Bukankah tidak mahu hidup miskin sama dengan hidup dalam kekayaan? Bukankah hidup tidak menderita sama dengan hidup senang atau bahagia? Secara bahasa, apa yang mereka nyatakan memang ertinya sama. Tapi secara operasi minda, kedua pernyataan itu jelas bertentangan.
Sekarang penulis ingin bermain dengan minda anda sejenak. Cuba anda lakukan perkara berikut ini. Penulis ingin anda untuk tidak memikirkan seekor harimau warna hijau. Sekali lagi, penulis minta anda tidak memikirkan harimau warna hijau. OK! Berhenti sejenak. Lakukan ujikaji kecil ini. Setelah itu baru anda boleh meneruskan membaca.
Bila anda melakukan dengan betul apa yang penulis minta maka minda anda malah memikirkan seekor harimau warna hijau. Mengapa boleh terjadi demikian? Bukankah arahannya tadi adalah anda diminta tidak memikirkan harimau warna hijau?
Inilah perbezaan operasi bahasa dan operasi minda. Secara struktur perkataan, arahan yang penulis berikan sudah betul. Namun tidak demikian bila arahan ini mahu dilaksanakan oleh minda. Bahasa mengenal kata nafi. Minda tidak. Perkataan ”tidak memikirkan” secara kaedah bahasa memang bererti ”tidak boleh memikirkan atau jangan memikirkan”. Namun di minda, untuk menafikan suatu pernyataan maka yang terjadi adalah perlu terlebih dahulu muncul ”sesuatu” untuk kemudian dinafikan.
Dalam contoh yang penulis berikan, untuk membolehkan ”tidak memikirkan harimau warna hijau”, maka yang terjadi di minda adalah:
1. minda akan membayangkan gambaran harimau warna hijau
2. setelah itu minda akan menafikan kewujudan harimau warna hijau
Namun, begitu apabila gambaran harimau warna hijau telah muncul di minda maka kesan kata nafi bahasa tidak berlaku di minda. Ertinya, gambaran harimau warna hijau itu akan tetap berada di dalam minda. Semakin dominan minda itu maka semakin kuat pengaruhnya pada diri seseorang.
Perkara ini sama kesannya dengan ibubapa yang ”memotivasi” anaknya, yang malas belajar, dengan perkataan, ”Nak, jangan malas. Kalau malas kamu tak akan berjaya”. Apa yang terjadi? Anaknya menjadi semakin malas dan semakin sukar untuk berjaya. Demikian juga ketika ibubapa mendorong anak untuk rajin bangun pagi dengan, ”Jangan selalu bangun lewat. Jangan suka bangun meninggi hari. Nanti lambat pergi sekolah.”Apa yang terjadi? Anaknya tetap bangun lewat. Mengapa terjadi demikian?
Komunikasi mengandungi tiga perkara. Pertama adalah idea, kedua adalah gambaran mental, dan yang ketiga adalah emosi. Ketika ibubapa berkata jangan bangun lewat, maka ini adalah idea. Seterusnya dalam minda akan muncul gambar orang yang bangun lewat. Setelah itu muncul emosi. Kalau emosi yang muncul adalah dia merasa seronok tidur meninggi hari, maka kebiasaan ini akan semakin kuat.
Untuk dapat betul-betul boleh mengendalikan minda, kita perlu menyedari bahawa kita dan minda kita adalah dua perkara yang berbeza. Dengan kata lain, kita menggunakan minda namun minda bukanlah diri kita. Diri kita adalah sebuah kesedaran yang menggunakan minda sebagai alat untuk menghasilkan buah fikiran. Kesedaran ini merupakan langkah awal untuk mengendalikan minda. Untuk memudahkan fahaman, cukup sekadar mengingati tiga hukum pengawalan minda berikut:
Hukum pengawalan minda yang pertama berbunyi: Buat minda anda memikirkan apa yang anda ingin fikirkan.
Minda selama ini telah dengan sangat bebas memikirkan apapun yang ”ia” kehendaki. Dengan demikian selama ini minda yang mengendalikan diri anda. Sekarang, setelah menyedari perkara ini, anda perlu menerbalikkan prosesnya, kenali bahawa minda hanyalah merupakan suatu aktiviti, yang dapat beroperasi sesuai dengan keinginan anda. Untuk dapat mengendalikan minda, anda perlu disiplin dalam menjalankan hukum pertama ini. Belajarlah untuk mengatur minda seperti anda menjalankan sebuah mesin. Anda dapat menghidupkan atau mematikan mesin menurut keinginan anda.
Hukum pengawalan minda yang kedua berbunyi: Buat minda anda berfikir ketika anda menghendakinya berfikir dan berhenti berfikir ketika anda menghendakinya berhenti.
Bagi kebanyakan orang, minda mereka dapat melakukan apa saja, meskipun tanpa persetujuan mereka, sehingga minda yang menentukan apa yang akan dia fikirkan. Akibatnya, minda yang muncul sering kali tidak terkawal dan mengakibatkan minda yang kacau. Untuk mengatasi perkara ini anda perlu boleh menjadi tuan kepada minda anda, bukan sebaliknya. Gunakan minda ketika anda ingin menggunakannya dan tidak menggunakannya ketika anda tidak ingin menggunakannya. Dengan kata lain, anda perlu belajar untuk boleh membuat minda menjadi tenang ketika anda menghendakinya tenang.
Hukum pengawalan minda yang ketiga berbunyi: Menjadi pemerhati daripada minda yang anda fikirkan.
Semakin cekap anda dalam memainkan peranan sebagai pemerhati dalam mengamati minda maka anda akan semakin mampu menguasai minda. Mainkan peranan pemerhati dalam setiap bentuk kegiatan mental yang anda lakukan. Jadikan perkara ini sebagai satu kebiasaan. Bila anda mampu menjadikan peranan pemerhati satu kebiasaan, maka kebiasaan ini akan benar-benar membantu mengembangkan kemampuan persepsi anda. Seterusnya anda akan mampu mengendalikan minda dan berfikir secara sedar.
Pada mulanya, keadaan minda orang pada umumnya relatif tidak terstruktur, objektif, fleksibel, dan terbuka terhadap pengalaman belajar yang baru. Seiring berjalannya waktu, keadaan ini perlahan tapi pasti berubah menjadi semakin kaku, bias, dan sukar menerima persepsi, pembelajaran, atau respon yang tidak dapat diterima oleh struktur sebelumnya. Pada akhirnya, seluruh ruang lingkup kesedaran minda sedar dilahirkan dan tunduk pada kerangka berfikir yang tadinya dibentuk sebagai landasan untuk mengembangkan kemampuan berfikir itu sendiri.
Minda sedar atau rasional sebenarnya merupakan minda yang paling tidak rasional. Mengapa begitu? Minda rasional, berdasarkan kesan yang diterimanya melalui perspektif yang terbatas, membentuk struktur-struktur yang kemudian menentukan apa yang akan diterima dan ditolaknya secara bebas. Mulai daripada itu ia tidak peduli bagaimana dunia berjalan, minda rasional akan mengikuti aturan yang diciptakannya sendiri dan mencuba memaksa dunia mengikuti aturan itu. Malangnya, kita menggunakan minda sedar untuk berfikir, menganalisis, mensistesis, dan menilai.
Penulis ingin mengakhiri artikel ini dengan satu petikan yang penulis minati seperti berikut:
”I think, therefore I am” -Descartes
Bila diterjemahkan secara bebas ertinya ”Aku berfikir, maka aku ada”. Sebaliknya ada pihak yang menentang pendapat Descartes dengan berhujah, “Aku ada, maka aku boleh berfikir”.
Sekarang, pertanyaan penulis pada anda, mana satukah yang betul ”Aku berfikir, maka aku ada” atau ”Aku ada, maka aku boleh berfikir”?
Selamat berfikir !!
Wednesday, August 15, 2007
PATRIOTISME, MALAYSIA NEGARAKU
Apakah perasaan anda
1. jika Bendera Jalur Gemilang dipijak dan dibakar di depan anda?
2. jika Lagu Negaraku dipersendakan dan diubah liriknya menjadi penghinaan agama dan kaum lain?
3. ketika menonton rakaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj melaungkan "Merdeka" pada 31 Ogos 1957?
4. ketika Malaysia memenangi Piala Thomas?
5. ketika melihat pasukan bolasepak Malaysia tewas 5-0 kepada Uzbekistan dalam pertandingan Piala Asia baru-baru ini?
Jawapan soalan:-
1. A. Marah B. Tidak rasa apa-apa C. Seronok
2. A. Marah B. Tidak rasa apa-apa C. Seronok
3. A. Bangga/Terharu B. Tidak rasa apa-apa C. Benci
4. A. Bangga/Terharu B. Tidak rasa apa-apa C. Benci
5. A. Bengang B. Tidak rasa apa-apa C. Seronok
Analisis Jawapan:-
Jika anda memilih semua jawapan A, yakinlah bahawa anda memang patriotik.
Jika anda memilih semua jawapan B, anda memang tidak patriotik langsung.
Jika anda memilih semua jawapan A, anda memang layak jadi warganegara lain.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Sesungguhnya CINTA KEPADA NEGARA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN - hubbul watan minal iman !
Tuesday, August 14, 2007
ILMU ISLAM
Monday, August 13, 2007
BAHASA JIWA BANGSA
Wednesday, August 8, 2007
NASIHAT MOTIVASI
Kepada Puteriku
Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.
Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-
lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-
kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan
mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti
mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan
nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan
khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan
lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran
tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.
Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin
banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-
malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan
bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda
negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.
Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak
yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya,
sekarang masyaALlah!!Para wanitanya berpakaian terbuka
mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan
aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?
Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu
ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk
memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula
melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa
tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan
berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya
untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau
kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau
berteriak ..”tolong….tolong...aku kecurian.”
Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau
adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam
ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti
engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada
seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya,
maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki
meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk
daripada kematian kambing itu.
Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan
kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih
menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika
dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa
pakaian.
Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata
sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.
Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah
sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.
Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti
engkau takut dan ngeri.
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu
berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan
kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya
isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!
*orang(ayam) lain kena sembelih, aku tak kena
Thursday, August 2, 2007
MEMBANGUN MOTIVASI DALAM DIRI
Ciptakan sesuatu yang dapat "membangunkan" dan membangkitkan ghairah anda ketika menjelang pagi. Misalnya, anda berfikir esok hari mesti mendapatkan keuntungan RM 10,000.00 . Walau kedengarannya mustahil, tapi sensasi ini terkadang memacu semangat anda untuk berusaha lebih baik lagi melebihi apa yang sudah anda lakukan semalam.
* Kembangkan Terus Tujuan Anda
Jangan sekali-kali terikat pada satu tujuan yang mudah. Tujuan hidup yang terlalu mudah membuat anda tidak memiliki kekuatan besar. Padahal untuk meraih sesuatu anda memerlukan cabaran yang lebih besar, untuk mengerahkan kekuatan anda yang sebenarnya. Tujuan hidup yang besar akan membangkitkan motivasi dan kekuatan tersendiri dalam hidup anda.
* Tetapkan Detik Kematian
Anda perlu memikirkan detik kematian meskipun gejala ke arah itu tidak dapat diramalkan. Membayangkan detik-detik terakhir dalam hidup ini sesungguhnya merupakan sesuatu yang sangat sensasional. Anda dapat membayangkan 'flash back' dalam kehidupan anda. Sejak anda menjalani masa kanak-kanak, remaja, hingga dewasa dan mampu berdikari. Jika anda membayangkan 'ajal' anda sudah dekat, akan memotivasikan anda untuk berbuat lebih banyak lagi selama hidup anda.
* Tinggalkan Teman Yang Tidak Perlu
Jangan ragu untuk meninggalkan teman-teman yang tidak dapat mendorong anda mencapai tujuan. Sebab, siapapun teman anda, semestinya mampu membawa anda pada perubahan yang lebih baik. Ketahuilah bergaul dengan orang-orang yang optimis akan membuat anda berfikir optimis pula. Bersama mereka hidup ini terasa lebih menyenangkan dan penuh motivasi.
* Hampiri Bayangan Ketakutan
Ketika anda dibayangi kecemasan dan ketakutan, jangan melarikan diri dari bayangan tersebut. Misalnya selama ini anda takut akan menghadapi masa depan yang buruk. Datang dan nikmati rasa takut anda dengan mencuba mengatasinya. Ketika anda berhasil mengatasi rasa takut, ketika itu anda telah berhasil meningkatkan keyakinan diri bahawa anda mampu mencapai hidup yang lebih baik.
* Ucapkan "Selamat Datang" Pada Setiap Masalah
Jalan untuk mencapai tujuan tidak sentiasa lurus seperti lebuhraya. Suatu ketika anda akan menghadapi jalan berliku, mendaki dan penuh berbatu. Jangan memutar arah untuk mengambil jalan pintas. Hadapi terus jalan tersebut dan fikirkan cara terbaik untuk mampu mengatasinya. Jika anda memandang masalah sebagai sesuatu yang mengerikan, anda akan semakin sukar termotivasi. Sebaliknya bila anda selalu bersedia menghadapi setiap masalah, anda seakan memiliki tenaga dan semangat lebih kuat untuk mencapai tujuan anda.
* Mulakan Sesuatu Dengan Rasa Gembira
Jangan sekali-kali merasa terbeban dengan tujuan hidup anda. Cuba nikmati hidup dan jalan yang anda tempuh. Jika sejak awal anda sudah merasa 'tidak suka' rasanya motivasi hidup tidak akan sekali-kali anda miliki.
* Berusaha Bersungguh-sungguh
Mahu tidak mahu, anda mesti terus berusaha bila ingin mendapatkan hasil terbaik. Pada asasnya tidak ada yang tidak dapat anda capai jika anda terus berusaha bersungguh-sungguh. Semakin giat berusaha semakin mudah pula mengatasi setiap kesukaran.
Kesimpulannya, motivasi adalah 'sesuatu' yang dapat menumbuhkan semangat anda dalam rangka mencapai tujuan. Dengan motivasi yang kuat di dalam diri sendiri, anda akan memiliki apresiasi dan penghargaan yang tinggi terhadap diri dan hidup ini. Sehingga anda pun tidak ragu lagi melangkah mencapai tujuan dan cita-cita hidup anda..!
Wednesday, August 1, 2007
MATI SEBAGAI MOTIVASI
Sepanjang minggu ini, penulis bercadang untuk bermuhasabah dan merenung tentang hakikat dan iktibar sebuah kematian. Pandangan dan bicara ini disesuaikan oleh penulis daripada beberapa pandangan dan tulisan ulama mengenai kematian, hakikat dan tanggapan manusia mengenainya. Semoga bermanfaat.
PENTINGNYA MENGINGAT KEMATIAN
Sesungguhnya kematian adalah haq(benar), pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Allah s.w.t berfirman, ertinya,
"Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya." (QS. Qaaf:19)
Siapakah di antara kita yang meragui kematian dan sakaratul maut? Apakah ada orang yang meragui kubur dan azabnya? Siapakah yang mampu menunda kematiannya dari waktu yang telah ditentukan?
Mengapa manusia sombong padahal kelak akan dimakan ulat? Mengapa manusia melampaui batas padahal di dalam tanah kelak akan terbujur? Mengapa menunda-nunda amal dan taubat, padahal anda mengetahui kematian akan datang secara tiba-tiba?
Hakikat Kematian
Adalah salah bila ada orang yang menyangka bahawa kematian itu hanya kefanaan semata dan pengakhiran secara total yang tidak ada kehidupan, perhitungan, hari dikumpulkan, kebangkitan, syurga atau neraka padanya!! Sebab andaikata demikian, tentulah tidak ada hikmah dari penciptaan dan wujud kita. Tentulah manusia semua sama saja setelah kematian dan dapat beristirahat lega; samada mukmin dan kafir, samada pembunuh dan terbunuh, samada si penzalim dan yang dizalimi, samada yang taat dan maksiat, samada penzina dan yang rajin solat, samada ahli maksiat dan ahli takwa.
Pandangan tersebut hanyalah bersumber dari pemahaman kaum atheis yang mereka itu lebih buruk dari binatang sekali pun. Yang mengatakan seperti ini hanyalah orang yang telah tidak punya rasa malu dan menggelarkan dirinya sebagai orang yang bodoh dan 'gila.' (Baca: QS. At-Taghabun:7, QS. Yaasiin: 78-79)
Kematian adalah terputusnya hubungan roh dengan badan, kemudian roh berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, dan seluruh lembaran amal ditutup, pintu taubat dan pemberian masa pun terputus.
Nabi s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi belum sakaratulmaut." (HR. At-Turmuzi dan Ibn Majah, disahihkan Al-Hakim dan Ibn Hibban)
Kematian Merupakan Musibah Paling Besar!!
Kematian merupakan musibah paling besar, kerana itu Allah s.w.t. menamakannya dengan 'musibah maut' (Al-Maidah:106). Bila seorang hamba ahli taat didatangi maut, ia menyesal mengapa tidak menambah amalan solehnya, sedangkan bila seorang hamba ahli maksiat didatangi maut, ia menyesali atas perbuatan melampaui batas yang dilakukannya dan berkeinginan dapat dikembalikan ke dunia lagi, sehingga dapat bertaubat kepada Allah s.w.t. dan mula melakukan amal soleh. Namun! Itu semua adalah mustahil dan tidak akan terjadi!! (Baca: QS. Fushshilat: 24, QS. Al-Mu'minun: 99-100)
Ingatlah Penghancur Segala Kenikmatan!!
Nabi s.a.w. menganjurkan agar banyak mengingat kematian. Beliau bersabda, "Perbanyaklah mengingat penghancur kenikmatan (maut)," (HR. At-Tirmidzi, hasan menurutnya).
Imam Al-Qurthubi r.a. berkata, "Para ulama kita mengatakan, ucapan beliau, "Perbanyaklah mengingat penghancur kenikmatan", merupakan ucapan ringkas tapi padat, menghimpun makna peringatan dan amat mendalam penyampaian nasihatnya. Sebab, orang yang benar-benar mengingat kematian, pasti akan mengurangi kenikmatan yang dirasakannya ketika itu, mencegahnya untuk bercita-cita mendapatkannya di masa yang akan datang serta membuatnya menghindar dari mengangankannya, sekalipun hal itu masih mampu dicapainya.
Namun jiwa yang beku dan hati yang lalai selalu memerlukan nasihat yang lebih lama dari para penyuluh dan untaian kata-kata yang meluluhkan sebab bila tidak, sebenarnya ucapan beliau tersebut dan firman Allah s.w.t. dalam surat Ali 'Imran ayat 185, (ertinya, "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati) sudah cukup bagi pendengar dan pemerhati-nya.!!"